PAKEJ KOTA KINABALU CITY TOUR 3H2M – MATTA FAIR
Gambaran Keseluruhan
✨ Pakej Kota Kinabalu City Tour 3H2M Eksklusif Tripfez
Nikmati pengalaman percutian santai di Kota Kinabalu dengan gabungan aktiviti alam semula jadi, budaya dan tarikan unik. Sesuai untuk keluarga, pasangan atau kumpulan rakan yang mahu menerokai keindahan Sabah dengan selesa.
🌟 Kenapa Pilih Pakej Kota Kinabalu City Tour Tripfez?
Tripfez menyediakan itinerari mesra Muslim yang lengkap – penginapan selesa, makanan halal, serta lawatan ke destinasi tarikan terkenal Kota Kinabalu. Dari gunung, bukit, spa semula jadi hingga suasana kampung, semua disediakan dalam satu pakej eksklusif.
📍 Desa Dairy Farm – Pemandangan indah ala New Zealand dengan udara tanah tinggi yang segar.
📍 Kampung Marakau Fish Spa – Nikmati pengalaman unik rendam kaki dalam sungai jernih bersama ribuan ikan kecil.
📍 Poring Hot Spring – Berehat di kolam air panas semula jadi untuk kesegaran tubuh & minda.
📍 Sosodikon Hill – Spot terbaik untuk bergambar dengan latar Gunung Kinabalu yang menakjubkan.
🏨 Penginapan Mesra Muslim – Hotel pilihan di Kota Kinabalu untuk keselesaan sepanjang trip.
🎉 Tempah Pakej Kota Kinabalu City Tour 3H2M di MATTA Fair 2025
Rancang percutian anda bersama Tripfez dan nikmati gabungan tarikan alam, budaya & pengalaman unik Sabah dengan harga istimewa sempena MATTA Fair 2025.
Harga Pakej
DEWASA
(HARGA UNTUK PER PAX)
Bilik Twin / Triple
Harga bermula dari
MYR
750
Tempat Menarik

Desa Dairy Farm
Panorama indah ala New Zealand di tanah tinggi Kundasang

Lawatan Ke Kampung Marakau Fish Spa
Fish spa semula jadi di sungai jernih pedalaman Sabah.

Poring Hot Spring
Kolam air panas semula jadi untuk terapi tubuh.

Sosodikon Hill
Lokasi bergambar dengan pemandangan Gunung Kinabalu.
Itinerari
HARI 1 / DAY 1
KETIBAAN DI KOTA KINABALU
- Pengembaraan anda bermula sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Disambut mesra oleh wakil kami, anda akan dibawa menaiki kenderaan untuk perjalanan indah selama 2.5 jam ke Kundasang.
- Lawatan ke Masjid Terapung Kota Kinabalu
- Keindahan seni bina yang seolah-olah terapung di permukaan air.
- Lawatan ke Bangunan Tun Mustapha – Menara kaca ikonik 30 tingkat Sabah.
- Lawatan ke Jambatan Tamparuli – Jambatan gantung terkenal yang sarat dengan kisah lagenda.
- Berhenti sebentar di Pekan Nabalu View Point & Market untuk menikmati panorama Gunung Kinabalu serta membeli cenderamata tempatan.
- Setibanya di Kinabalu Pine Resort (atau setaraf), nikmati udara sejuk gunung dan suasana damai yang menenangkan jiwa.
- Makan malam & bermalam di resort.
HARI 2 / DAY 2
KOTA KINABALU CITY TOUR
- Selepas sarapan dan daftar keluar, bersiap sedia untuk seharian penuh pengalaman menarik.
- Lawatan ke Desa Dairy Farm, digelar “New Zealand Kecil Sabah” dengan pemandangan padang hijau dan lembu-lembu tenang meragut rumput.
- Mendaki ringan ke Sosodikon Hill untuk panorama indah kawasan pergunungan.
- Teruskan ke Poring Hot Spring untuk menikmati Canopy Walkway di atas pokok-pokok rimba (perlu mendaki kira-kira 20 minit) atau berendam kaki di kolam air panas semula jadi.
- Menikmati makan tengah hari di restoran tempatan.
- Singgah di Kg Marakau untuk pengalaman Fish Spa semula jadi.
- Kembali ke Kota Kinabalu dan daftar masuk hotel. Makan malam adalah atas perbelanjaan sendiri di restoran tempatan.
- Bermalam di Kota Kinabalu.
HARI 3 / DAY 3
HARI PERLEPASAN
- Sarapan pagi di hotel.
- Free and Easy
- Check out
Nota:
** Ini adalah atucara normal mengikut standard aturcara di Malaysia.
** Aturcara perjalanan tertakluk kepada perubahan semasa.
** Aturcara yang tepat akan diberi seminggu sebelum penerbangan.
Pakej Termasuk
Penginapan
- Penginapan 2 malam di Hotel 3*
Melawat ke Tempat Lawatan
- Semua aktiviti seperti di dalam itinerari
Pemandu Pelancong
- Pemandu pelancong profesional berbahasa Inggeris / Melayu
Makanan & Minuman
- Makanan disediakan sepanjang percutian
Pakej Tidak Termasuk
Caj Tambahan
- Harga yang ditawarkan semasa waktu puncak, festival dan cuti umum
- Tiket bayaran ke tempat yang tidak disebutkan dalam jadual perjalanan.
- Caj tambahan ke atas had bagasi berlebihan
Servis Tambahan
- Cuci Pakaian
- Snek
- Minibar
- Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan
Insurans
- Insurance perjalanan
Pengangkutan
- Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi
Makanan & Minuman
- Makanan dan minuman yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
Lain-lain
- Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan
PAKEJ KOTA KINABALU CITY TOUR 3H2M – MATTA FAIR
*Harga berdasarkan dari seorang Dewasa
3 HARI 2 MALAM
Soalan Lazim
Tidak. Ground arrangement tidak termasuk tiket penerbangan. Ia hanya cover servis di destinasi
Selepas booking ground arrangement confirm, kami akan beritahu tarikh yang sesuai untuk beli flight supaya selari dengan itinerary.
Ya, kami boleh bantu semak dan cadangkan waktu penerbangan yang sesuai supaya itinerary berjalan lancar.
Ya, kebanyakan ground arrangement termasuk penginapan. Kalau tidak termasuk, akan dinyatakan dalam pakej.
Ikut itinerary. Ada pakej yang termasuk sarapan sahaja, ada juga termasuk lunch/dinner. Semua akan dinyatakan.
Boleh. Kami boleh custom ikut bajet & keperluan (contoh: upgrade ke 4★ / 5★, transport private, driver Muslim, dsb)