You are currently viewing PAKEJ BALI NUSA PENIDA 4H3M – MATTA FAIR

PAKEJ BALI NUSA PENIDA 4H3M – MATTA FAIR

PAKEJ BALI NUSA PENIDA 4H3M – MATTA FAIR

Gambaran Keseluruhan

Pakej Bali Nusa Penida 4H3M Eksklusif Tripfez

Nikmati pengalaman 4 hari 3 malam di Bali & Nusa Penida yang menggabungkan keindahan alam, budaya, pantai eksotik dan pengalaman pulau tropika. Sesuai untuk pasangan, keluarga atau rakan-rakan yang ingin meneroka Bali & Nusa Penida dengan santai dan selesa.


🌴 Kenapa Pilih Pakej Bali Nusa Penida Tripfez?

Tripfez menyediakan itinerari mesra Muslim dengan penginapan selesa, makanan halal dan lawatan ke destinasi ikonik Bali dan Nusa Penida. Dari taman botani, pura bersejarah, pantai indah hingga tarikan budaya dan pulau tropika, semua disediakan dalam satu pakej eksklusif.

🌿 Taman Botani Bedugul Bali – Nikmati suasana sejuk dan panorama hijau di taman botani yang indah.
🛕 Pura Ulun Danu Bratan – Lawatan ke pura terkenal di tepi tasik dengan latar Gunung dan suasana mistik Bali.
🏖️ Pantai Pandawara – Bersantai di pantai eksotik Nusa Penida dengan pasir putih dan air jernih, sesuai untuk bergambar dan menikmati panorama pulau tropika.
🎭 Taman Budaya GWK – Terokai budaya Bali melalui patung besar, persembahan seni dan tarikan budaya tempatan.


🎉 Tempah Pakej Bali Nusa Penida 4H3M di MATTA Fair 2025

Rancang percutian anda bersama Tripfez dan nikmati gabungan tarikan alam, budaya, pantai & pulau tropika dengan harga istimewa sempena MATTA Fair 2025, sambil merasai pengalaman unik, penginapan selesa dan aktiviti menarik yang dirancang khas untuk keselesaan dan memori indah anda.

Harga Pakej

Hotel

(HARGA UNTUK PER PAX)

Bilik Berdua

Harga bermula dari

MYR

1,680

Highlight Package

Taman Botani Bedugul Bali Tripfez Matta Fair 2025

Taman Botani Bedugul Bali

Taman botani luas dengan udara segar, panorama hijau dan tasik menenangkan. Sesuai untuk berjalan santai, bergambar dan menikmati keindahan alam.

Pura Ulun Danu Bratan Bali Tripfez Matta Fair 2025

Pura Ulun Danu Bratan

Pura bersejarah di tepi tasik dengan pemandangan gunung dan suasana mistik, sesuai untuk penerokaan budaya dan fotografi.

Pantai Pandawara Nusa Penida Tripfez Matta Fair 2025

Pantai Pandawara

Pantai eksotik Nusa Penida dengan pasir putih dan air jernih, ideal untuk bersantai, berenang, bergambar dan menikmati panorama pulau tropika.

Taman Budaya GWK Bali Tripfez Matta Fair 2025

Taman Budaya GWK

Destinasi budaya dengan patung ikonik, persembahan seni dan tarikan budaya Bali, pengalaman edukatif & menyeronokkan.

HARI 1 / DAY 1

KUALA LUMPUR – BALI – BEDUGUL TOUR – KUTA BEACH SUNSET

  • Berkumpul di KLIA2 untuk urusan daftar masuk.
  • Taman Botani Bedugul, taman botani terbesar di Indonesia (157 hektar).
  • Lawatan ke Pura Ulun Danu Bratan, terletak di tepi Tasik Bratan.
  • Aktiviti diteruskan di Pantai Kuta & Pusat Membeli-belah Beachwalk.
  • Makan malam istimewa di Ayam Betutu Bu Mira, dan akhir sekali daftar masuk hotel di Kuta dan berehat.
  •  

HARI 2 / DAY 2

NUSA PENINDA TOUR – SANUR DINNER

  •  Lawatan ke pulau Nusa Penida, terletak di tenggara Pulau Bali:
    – Crystal Bay
    – Angel’s Billabong
    – Pantai Kelingking
    – Tebing Paluang
    – Broken Beach
  • Pulang ke Sanur dengan bot laju (fastboat).

HARI 3 / DAY 3

UBUD KINTAMANI TOUR – KECAK DANCE GWK – JIMBARAN DINNER

  • Kampung Penglipuran, kampung tradisional Bali yang sering menerima anugerah.
  • Kemudian ke Kintamani untuk menikmati pemandangan Gunung & Tasik Batur.
  • Lawatan ke Taman Budaya GWK (Garuda Wisnu Kencana) untuk melihat patung GWK yang antara tertinggi di dunia.
  • Saksikan Tarian Kecak yang megah di GWK.

HARI 4 / DAY 4

SOUVENIR SHOPPING – SOUTH BALI TOUR – KUALA LUMPUR

  • Selepas daftar keluar dari hotel, lawatan hari terakhir bermula.
  • Lawatan ke Pantai Pandawa & Pantai Melasti, terletak di sebalik bukit batu kapur menghadap Lautan Hindi.
  • Makan tengah hari disediakan di Warung Bu Oki.
  • Singgah di Krisna Souvenir untuk membeli cenderamata khas Bali.

Nota:

** Ini adalah atucara normal mengikut standard aturcara di Malaysia.
** Aturcara perjalanan tertakluk kepada perubahan semasa.
** Aturcara yang tepat akan diberi seminggu sebelum penerbangan.

Pakej Termasuk

Penginapan

  • 3 malam penginapan di hotel

Makanan & Minuman

  • Makanan yang dinyatakan dalam jadual perjalanan

Pengangkutan / Pemandu Pelancong

  • Pengangkutan 
  • Pemandu pelancong profesional
  • Tips kepada pemandu pelancong & pemandu bas

Melawat ke Tempat Lawatan

  • Lawatan pelancongan mengikut jadual perjalanan
  • Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan seperti aturcara

Pakej Tidak Termasuk

Caj Tambahan

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi
  • Harga yang ditawarkan semasa waktu puncak, festival dan cuti umum
  • Tiket bayaran ke tempat yang tidak disebutkan dalam jadual perjalanan.
  •  Caj tambahan lebihan had bagasi

Servis Tambahan

  • Cuci Pakaian
  • Snek
  • Minibar
  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan

Insurans

  •  Insurance perjalanan

Makanan & Minuman

  • Makanan dan minuman yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan

Lain-lain

  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan

PAKEJ BALI NUSA PENIDA 4H3M – MATTA FAIR

HARGA DARI
MYR 1680
/ PAX
Private Trip

*Harga berdasarkan dari seorang Dewasa

4 HARI 3 MALAM

Soalan Lazim

Tidak. Ground arrangement tidak termasuk tiket penerbangan. Ia hanya cover servis di destinasi

Selepas booking ground arrangement confirm, kami akan beritahu tarikh yang sesuai untuk beli flight supaya selari dengan itinerary.

Ya, kami boleh bantu semak dan cadangkan waktu penerbangan yang sesuai supaya itinerary berjalan lancar.

Ya, kebanyakan ground arrangement termasuk penginapan. Kalau tidak termasuk, akan dinyatakan dalam pakej.

Ikut itinerary. Ada pakej yang termasuk sarapan sahaja, ada juga termasuk lunch/dinner. Semua akan dinyatakan.

Boleh. Kami boleh custom ikut bajet & keperluan (contoh: upgrade ke 4★ / 5★, transport private, driver Muslim, dsb)