Skip to main content
Tripfez masih beroperasi seperti biasa. Namun, pihak pengurusan bangunan kami tidak membenarkan pengunjung datang ke pejabat kami. Hubungi kami menerusi WhatsApp di +60 16-309 3685 atau e-mel kami di hello@tripfez.com.

Apakah Itu Pelancongan Muslim?

Pelancongan Muslim ialah segmen pelancongan yang memenuhi keperluan dan kehendak umat Islam yang hendak melancong ke luar negara sambil mengekalkan nilai-nilai Islam.

Bagaimana Tripfez boleh membantu saya mencapai impian ini?

Kami akan berhenti untuk rehat dan solat
Menunaikan solat fardhu 5 waktu merupakan perkara yang penting bagi umat Islam. Kami sedar akan tanggungjawab ini. Justeru, ke mana sahaja destinasi impian anda, kami akan berhenti untuk rehat dan solat.

Cari makanan halal dengan mudah
Makanan adalah salah satu perkara yang perlu dititikberatkan semasa melancong terutamanya apabila anda ke luar negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam. Mencari makanan yang halal di negara ini boleh memakan masa dan tenaga.

Untuk Pakej Berkumpulan, kami sertakan makanan halal dalam semua pakej kami. Anda berpeluang merasai hidangan istimewa penduduk tempatan yang dijamin sedap dan halal!

Untuk Pakej Ground, semua makanan yang disediakan adalah halal. Untuk beberapa destinasi, kami akan menasihatkan anda untuk memilih makanan vegetarian atau makanan laut.

Itinerari yang berteraskan Islam
Tripfez menyelesaikan keresahan anda dan memberikan kebebasan kepada umat Islam untuk menerokai dunia ini tanpa batasan.

Mengapa menempah menggunakan Tripfez? »