Skip to main content
  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. 8H7M Eksplorasi Bumi Jordan

8H7M Eksplorasi Bumi Jordan

Eksplorasi Bumi Jordan Bersama Tripfez
Maaf, pakej ini tidak lagi tersedia. Kami mempunyai pakej lain yang serupa yang boleh kami tawarkan.
Hubungi kami melalui online form atau di +603-8605 1918.

1 Negara

1 Bandar

7 Malam

20 Hidangan Halal

Seat In Coach

Pengenalan Ringkas

Jordan merupakan lokasi percutian yang wajib dilawati untuk pencinta alam dan sejarah. Jordan menjanjikan pakej percutian yang menarik dengan pelbagai lokasi percutian yang unik untuk dilawati dan diterokai yang semestinya akan mengujakan anda. Berjalan-jalan di sekitar kawasan Hutan Simpan Semula Jadi Wadi Mujib yang dikatakan merupakan lokasi tarikan semula jadi paling cantik di Jordan, melawat kota purba Jerash; salah satu lokasi tumpuan pelancong utama di Jordan dan lokasi-lokasi unik lain yang semestinya akan membuatkan anda teruja dan terpesona.

Mengapa anda perlu memilih percutian ini?

  • Madaba terkenal dengan arkeologi mozeknya; terokai Peta Mozek Madaba yang terbesar dan tertua di dunia yang terletak pada lantai Gereja St George. 
  • Roman Theatre Amman terletak di kawasan pusat bandar dibina semasa pemerintahan Antonius Pius (138-161 CE) dan boleh memuatkan kira-kira 6000 orang.
  • Menerokai Laut Mati, Jordan; laut yang terkenal di dunia kerana airnya yang sangat masin dan merupakan aras paling rendah di dunia, iaitu 400m di bawah aras laut.

Seat In Coach

Lebih ramai, lebih meriah. Cipta kenangan bersama -- kongsi kenderaan atau pemandu pelancong dengan pelancong lain

Lengkap

7x Sarapan + 6x Makan Tengah Hari + 7x Makan Malam

Kategori

Bersejarah

Pemandangan

Kebudayaan

Jadual Perjalanan

Day 1 - Kuala Lumpur – Jordan

Hidangan
  • Makan Malam

Tiba di Jordan

  • Setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia Amman, anda akan disapa oleh wakil Tripfez.

Bertolak ke hotel

Daftar masuk hotel

Makan malam di hotel

Bermalam di hotel

Day 2 - Amman – Jerash – Amman

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sarapan di hotel

Lawatan Bandar Amman

  • Selepas sarapan, memulakan lawatan dengan menerokai Bandar Amman.
  • Anda berpeluang menyaksikan Roman Theatre; teater yang dibina semasa pemerintahan Antonius Pius (138-161 CE) dan boleh memuatkan kira-kira 6000 orang.
  • Kemudian, melawat Citadel dan Temple of Hercules yang dibina antara 162-166 AD dan berkunjung ke Istana Umayyad.
  • Kemudian, bertolak ke Jerash.

Makan tengah hari di restoran tempatan

Lawatan Bandar Jerash

  • Melawat bandar Roman purba, Jerash termasuk melalui jalan-jalan berturap dan bertembok, menyaksikan kuil-kuil di puncak bukit, teater, dataran awam yang luas, plaza, tempat mandi, air pancut dan tembok bandar.
  • Kemudian, bertolak pulang ke Amman.

Makan malam di hotel

Bermalam di hotel

Day 3 - Amman – Madaba – Kerak – Petra

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sarapan di hotel

Daftar keluar hotel

Lawatan Madaba – Mount Nebo

  • Menerokai keindahan bumi Jordan. Bertolak ke Bandar Kristian Madaba “the City of Mosaics” yang terkenal dengan Peta Madaba (juga dikenali sebagai Peta Mozek Madaba) tertua di dunia.
  • Seterusnya, melawat Gereja St George, taman arkeologi dan muziumnya.
  • Melawat Mt Nebo, tempat dikatakan Nabi Musa menghabiskan sisa-sisa hari terakhirnya sambil menyaksikan tanah suci yang tidak boleh dimasuki oleh Baginda.
  • Anda juga berpeluang menyaksikan keindahan Lembah Jordan, Laut Mati, Jericho dan Baitulmuqaddis.

Makan tengah hari di restoran tempatan

Bertolak ke Kerak

  • Bertolak melalui Kings Highway sambil menikmati laluan yang sangat menakjubkan dan singgah untuk bergambar di kawasan Hutan Simpan Semula Jadi Wadi Mujib.

Lawatan Bandar Kerak

  • Bertolak ke Kerak; Crusaders’ Castle dibina di atas dataran tinggi segi tiga sejak abad ke-12.
  • Selepas itu, bertolak ke Petra.

Daftar masuk hotel

Makan malam di hotel

Bermalam di hotel

Day 4 - Petra

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sarapan di hotel

Lawatan Bandar Petra

  • Melawat Nabatean Red Rose City of Petra, salah satu daripada 7 keajaiban dunia dan Tapak Warisan Dunia UNESCO.
  • Masuk ke bandar ini melalui gaung sempit dan panjang sejauh 1km dengan cenuram di sebelah kiri dan kanan setinggi 80m. Anda akan mengagumi keindahan batu-bautan di sini yang berwarna-warni.
  • Lokasi ini sangat besar dan mengandungi beratus-ratus kuburan batu, harta karun, teater gaya Rom, kuil-kuil, tempat mempersembahkan korban dan jalan-jalan dengan deretan tiang.

Makan tengah hari di restoran tempatan

Lawatan Bandar Petra diteruskan

Makan malam di hotel

Bermalam di hotel

Day 5 - Petra – Aqaba

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sarapan di hotel

Daftar keluar hotel

Lawatan Little Petra

  • Lawatan ke kawasan batuan berwarna madu pucat – Al Beidha dalam bahasa Arab yang bermaksud ‘yang berwarna putih’.
  • Di sini, semasa abad pertama Masihi, penduduk Nabatae membentuk subbandar komersial; lokasi untuk pedagang singgah di antara laluan Arab Selatan dan Mediterranean.

Makan tengah hari di restoran tempatan

Wadi Rum Desert

  • Meneruskan perjalanan ke padang pasir Wadi Rum. Perjalanan dengan menaiki jip selama 3 jam akan membawa anda menerokai padang pasir, menerokai peninggalan kitab suci dan lukisan tamadun lama yang diukir pada batu sejak 4000 tahun yang lalu.
  • Masa bebas untuk menerokai Wadi Rum.
  • Anda boleh mendaki di Wadi Rum untuk menikmati keindahan ngarai dan lubang air sempit dan merasai pengalaman baharu yang menarik dan mengujakan di sini.
  • Menikmati matahari terbenam sambil menikmati minuman teh kaum Badwi di padang pasir.
  • Selepas itu, bertolak ke Aqaba.

Daftar masuk hotel

Makan malam di hotel

Bermalam di hotel

Day 6 - Aqaba

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sarapan di hotel

Aktiviti free and easy

Makan tengah hari di hotel

Aktiviti free and easy

Makan malam di hotel

Bermalam di hotel

Day 7 - Aqaba – Dead Sea

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sarapan di hotel

Daftar keluar hotel

  • Selepas sarapan dan daftar keluar, bertolak ke Laut Mati.

Makan tengah hari di restoran tempatan

  • Makan tengah hari semasa dalam perjalanan.

Lawatan Laut Mati

  • Pantai Laut Mati merupakan aras paling rendah di dunia, iaitu 400m di bawah aras laut. 
  • Anda berpeluang berenang di sini. 

Daftar masuk hotel

Makan malam di hotel

Bermalam di hotel

Day 8 - Jordan – Kuala Lumpur

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

Aktiviti free and easy

Daftar keluar hotel

Bertolak ke lapangan terbang

Berlepas ke Kuala Lumpur

Termasuk

Penginapan

  • Penginapan 7 malam di hotel pilihan
  • Pengangkutan berhawa dingin termasuk pemandu fasih berbahasa Inggeris
  • Perkhidmatan Wi-Fi dalam kenderaan

Lawatan & Aktiviti

  • Bayaran masuk sama seperti dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • Lawatan jip 3 jam di Wadi Rum

Hidangan

  • Hidangan lengkap sama seperti dinyatakan dalam jadual perjalanan

Pemandu Pelancong

  • Wakil Tripfez untuk menyambut ketibaan anda di Jordan
  • Pemandu pelancong persendirian fasih berbahasa Inggeris untuk kumpulan 5 orang dan ke atas
  • Untuk kumpulan 2-4 orang, hanya pemandu yang fasih berbahasa Inggeris akan disediakan

Minuman

  • Air minuman

Insuran

  • Visa ke Jordan untuk Warganegara Malaysia
  • Salinan pasport pelancong + salinan tiket penerbangan diperlukan untuk memohon visa Jordan

Tidak Termasuk

Belanja

  • Tiket penerbangan antarabangsa & domestik
  • Insurans perjalanan
  • Tambahan malam tahun baharu
  • Minuman semasa hidangan
  • Tip/Gratuiti untuk pemandu/pemandu pelancong
  • Tambahan lain yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
Kami Sedia Membantu
Ainul - Tripfez Travel
Ainul
Travel Consultant
Izzuddin - Tripfez Travel
Izzuddin
Travel Consultant
Faris - Tripfez Travel
Faris
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }