Skip to main content
Pakej Percutian ke Manchester Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Manchester

Sebuah bandar yang kaya dengan sejarah kesenian, inovasi, muzik dan sukan

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Manchester terkenal dengan gudang, kilang kapas, jejambat kereta api dan terusan dengan pelbagai seni bina ikonik seperti Beetham Tower, Town Hall, Lowry di Salford Quays dan Imperial War Museum North. Bangunan-bangunan ikonik ini yang terletak di tengah-tengah bandar Manchester merupakan destinasi tumpuan para pelancong dalam dan luar negara. Pusat bandar Manchester agak padat; kebanyakan destinasi tumpuan pelancong berada berdekatan antara satu sama lain. Hal ini sekali gus memudahkan pelancong untuk berkunjung dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Selain itu, sistem pengangkutan awam yang cekap dan efisien seperti bas, tram dan kereta api juga membantu memudahkan pelancong untuk bergerak ke destinasi tumpuan.

Manchester terkenal dengan pasukan bola sepaknya. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung dan melawat Kelab Bola Sepak Manchester City dan menerokai keindahan Stadium Etihad. Buat peminat tegar Manchester City, perjalanan anda ke Manchester pasti lebih istimewa dan diingati selama-lamanya. Banyak tempat menarik lain yang sedia menerima kehadiran anda – Muzium Bola Sepak Kebangsaan, Galeri Seni Manchester, Muzium Manchester, Manchester City Council, Katedral Manchester Cathedral dan banyak lagi!

Manchester; sebuah bandar yang kaya dengan sejarah kesenian, inovasi, muzik dan sukan ialah bandar yang ideal untuk percutian anda yang seterusnya. Daripada pasukan bola sepak terkenal sehinggalah arena muzik tempatan dan antarabangsa yang unik, banyak lagi aktiviti-aktiviti dan destinasi tumpuan lain yang boleh diterokai. Terlalu banyak sebab untuk tidak jatuh cinta dengan keindahan Manchester dan terlalu banyak cara yang boleh dilakukan untuk menerokai keunikan Manchester – pakej percutian ke Manchester menjanjikan nilai terbaik untuk percutian ideal anda yang seterusnya!

Tempah pakej melancong anda ke Manchester dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu

Travel Consultant

Shafiq W

Travel Consultant

Hakim

Travel Consultant

Izzuddin

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8601 3685
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }