Skip to main content
  1. Halaman Utama
  2. Eropah
  3. Switzerland
  4. Zurich
  5. 5H4M Penerokaan Kereta Api Switzerland (Tanpa Iringan)

5H4M Penerokaan Kereta Api Switzerland (Tanpa Iringan)

Penerokaan Kereta Api Switzerland (Tanpa Iringan) Bersama Tripfez
Maaf, pakej ini tidak lagi tersedia. Kami mempunyai pakej lain yang serupa yang boleh kami tawarkan.
Hubungi kami melalui online form atau di +603-8605 1918.

1 Negara

1 Bandar

4 Malam

4 Hidangan Halal

Seat In Coach

Pengenalan Ringkas

Pakej ini termasuk perjalanan menaiki kereta api di salah sebuah laluan paling indah melalui Switzerland. Anda juga berpeluang melawat Lucerne yang bersejarah, Montreux yang indah, Zermatt yang mempersonakan dan menerokai kawasan Jungfrau yang terkenal dengan puncak-puncak popular seperti Eiger, Mönch dan Jungfrau di Interlaken. Lawatan yang disertakan sepanjang perjalanan akan memberikan anda gambaran terbaik tentang Switzerland dan segala-galanya yang tersedia di sini.

Mengapa anda perlu memilih percutian ini?

  • Menerokai 5 bandar yang indah dengan menaiki kereta api; Lucerne, Interlaken, Montreux, Zermatt dan Chur.
  • Bersantai sambil menikmati pemandangan panorama yang menakjubkan dari dalam kereta api, atau menikmati minuman ringan di bar.
  • Terinspirasi dengan perjalanan yang mengujakan ini, melihat dunia dari sudut pandangan yang berbeza sambil menikmati pemandangan alam semula jadi yang menarik.

Seat In Coach

Lebih ramai, lebih meriah. Cipta kenangan bersama -- kongsi kenderaan atau pemandu pelancong dengan pelancong lain

Lengkap

4x Sarapan

Kategori

Pemandangan

Santai

Jadual Perjalanan

Day 1 - Tiba di Zurich - Lawatan ke Lucerne dengan Kereta Api

Hidangan
  • No Meals

Tiba di Zurich

  • Selamat datang ke Switzerland.

Bertolak ke Lucerne

  • Selepas tiba di Zurich, bertolak ke Lucerne dengan kereta api.

Menerokai Lucerne

  • Lucerne ialah pintu masuk ke pusat bandar Switzerland, terletak di Tasik Lucerne, ia terkenal dengan panorama pergunungan yang menakjubkan.
  • Menerokai pusat bandar bersejarah Lucerne dan Jambatan Chapel yang dibaik pulih sepenuhnya – salah sebuah jambatan kayu tertua di Eropah dan mercu tanda Lucerne.  

Aktiviti free and easy

  • Memanfaatkan Kad Separuh Tambang atau pelayaran tasik yang indah atau lawatan pergunungan yang menakjubkan ke Gunung Rigi, Pilatus atau Stanserhorn berdekatan (dengan kos tambahan)

Daftar masuk hotel

Bermalam di lokasi

Day 2 - Lucerne - Interlaken dengan Kereta Api

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

Bertolak ke Interlaken

  • Perjalanan ke Interlaken menaiki Lucerne – Interlaken Express dalam gerabak panorama.

Menerokai Interlaken

  • Tempat peranginan yang terkenal ini terletak di tengah-tengah Bernese Oberland dan Pergunungan Alps, merupakan tempat percutian yang sempurna untuk menerokai kawasan Jungfrau yang terkenal dengan puncak-puncak terkenal seperti Eiger, Mönch dan Jungfrau.
  • Interlaken mempunyai sistem rel, sambungan jalan dan bot yang sangat baik, menjadikannya salah sebuah resort paling popular di Switzerland.

Aktiviti free and easy

  • Lawatan gunung pilihan boleh diatur ke Jungfraujoc, stesen kereta api tertinggi di Eropah atau Swiss Skyline di Piz Gloria, Schilthorn untuk merasai pengalaman 'dunia James Bond' (dengan kos tambahan)

Bermalam di lokasi

Day 3 - Interlaken - Montreux menaiki Kereta Api Golden Pass Panoramic

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

Bertolak ke Montreux

  • Menikmati perjalanan dalam gerabak panorama Golden Pass Line.
  • Menikmati landskap yang mengagumkan di sepanjang Lake Thun dan dataran Simmental yang diselaputi salji sebelum anda transit di Zweisimmen dan meneruskan perjalanan ke tebing Lake Geneva.

Menerokai Montreux

  • Resort Montreux yang terkenal di dunia terletak di tengah-tengah Swiss Riviera. Ia popular dengan lokasi tepi tasik yang indah, iklim sedderhana dan semestinya Château de Chillon yang terkenal (dengan caj tambahan), salah sebuah istana zaman pertengahan yang masih dijaga di Eropah.

Bermalam di lokasi

Day 4 - Montreux - Zermatt menaiki Kereta Api

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

Bertolak ke Zermatt

Menerokai Zermatt

  • Puncak Matterhorn yang menakjubkan yang menjadi latar belakang Zermatt, merupakan salah sebuah resort terkenal di Switzerland.
  • Zermatt mempunyai suasana yang meriah, menarik berbeza daripada resort gunung lain. Lokasi yang indah ini boleh diterokai dengan berjalan kaki; bebas trafik - hanya kereta elektrik dan kereta kuda dibenarkan!
  • Pusat bandar klasik ini dikekalkan secara tradisional, dipenuhi dengan rumah-rumah tipikal Switzerland dan deretan kedai-kedai. 

Aktiviti free and easy

  • Lawatan pilihan ke Gornergrat boleh diaturkan.

Bermalam di lokasi

Day 5 - Zermatt - Chur menaiki Glacier Express - Lapangan Terbang Zurich

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

Daftar keluar hotel

Bertolak ke Chur

  • Bertolak dari Zermatt ke Chur menaiki Glacier Express yang terkenal di dunia yang akan membawa anda menerokai keindahan panorama di sini.
  • Sepanjang Lembah Rhone, anda akan melalui bahagian Alps yang sangat menarik.

Bertolak ke lapangan terbang

  • Dari Chur, anda akan ke Lapangan Terbang Zurich untuk penerbangan pulang.

Berlepas ke Kuala Lumpur

Termasuk

Penginapan

  • Kereta api kelas pertama atau kedua seperti dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • Penginapan 4 malam mengikut kategori dipilih
  • Tempahan tempat duduk Glacier Express
  • Tempahan tempat duduk Golden Pass

Lawatan & Aktiviti

  • Kad separuh tambang (semua kos lawatan kereta api akan dikurangkan sebanyak 50%)

Hidangan

  • Sarapan setiap hari

Insuran

  • Dokumentasi perjalanan

Tidak Termasuk

Belanja

  • Tiket penerbangan pergi balik
  • Lawatan tambahan yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • Insurans perjalanan / Takaful
  • Belanja peribadi: dobi, telefon, perkhidmatan bilik atau makanan tambahan di hotel
  • Bayaran masuk melainkan dinyatakan
  • Porterage
  • Perkhidmatan pemandu pelancong
  • Hidangan

Lawatan & Aktiviti

  • LAWATAN PILIHAN:
  • Lawatan Stanserhorn – Separuh Tambang – RM 270 seorang
  • Lawatan Pilatus – Separuh Tambang – RM 230 seorang
  • Lawatan Jungfraujoch – Separuh Tambang – RM 540 seorang
  • Lawatan Gornergrat – Separuh Tambang – RM 240 seorang
  • NAIK TARAF:
  • Naik taraf Pakej Standard (kelas kedua) kepada kereta api kelas pertama: RM 700 seorang untuk keseluruhan percutian
  • Pakej Standard; Tambah 1 hidangan makan tengah hari dalam Glacier Express: RM 210 seorang
  • Lawatan tertakluk pada perubahan, bergantung pada cuaca dan keadaan semasa
Kami Sedia Membantu
Ainul - Tripfez Travel
Ainul
Travel Consultant
Faris - Tripfez Travel
Faris
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }