Skip to main content
  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Eropah
  4. ›
  5. Iceland
  6. ›
  7. Reykjavik
  8. ›
  9. 8H7M Eksplorasi Cahaya Utara - Musim Sejuk

8H7M Eksplorasi Cahaya Utara - Musim Sejuk

Eksplorasi Cahaya Utara - Musim Sejuk Bersama Tripfez
Maaf, pakej ini tidak lagi tersedia. Kami mempunyai pakej lain yang serupa yang boleh kami tawarkan.
Hubungi kami melalui online form atau di +603-8605 1918.

1 Negara

1 Bandar

7 Malam

9 Hidangan Halal

Seat In Coach

Pengenalan Ringkas

Tingkatkan tahap keseronokan percutian anda dengan berkunjung ke Iceland! Menyelami keindahan aurora, memanjat kawah gunung berapi dan berjalan-jalan di antara plat gerak bumi kontinental yang semestinya akan mengujakan anda.

Mengapa anda perlu memilih percutian ini?

  • Menyaksikan landskap Iceland yang memukau dengan memaksimumkan pengalaman kebudayaan dan pengembaraan.
  • Bersantai di Blue Lagoon, melihat kuda Iceland dan menikmati pemandangan Iceland yang mengujakan.
  • 80-95% daripada pelancong yang berkunjung ke Iceland berpeluang menyaksikan fenomena Cahaya Utara.

Seat In Coach

Lebih ramai, lebih meriah. Cipta kenangan bersama -- kongsi kenderaan atau pemandu pelancong dengan pelancong lain

Lengkap

7x Sarapan + 1x Makan Tengah Hari + 1x Makan Malam

Kategori

Pemandangan

Pengembaraan

Alam Semula Jadi

Jadual Perjalanan

Day 1 - Tiba di Reykjavik - Iceland

Hidangan
  • No Meals

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Keflavik

Bertolak ke hotel

  • Pengangkutan dengan bas ulang-alik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Keflavik ke hotel anda.

Daftar masuk hotel

  • Hotel Klettur atau setaraf.

Day 2 - Lawatan Bandar Reykjavik dan Borgarfjordur Saga Valley

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

  • Menikmati sarapan anda di hotel dan bertolak ke destinasi seterusnya. 

Lawatan bandar

  • Pemandu pelancong akan menunjukkan lokasi tarikan utama di Iceland.

Melawat Borgarfjordur Saga Valley dan Melihat Cahaya Utara

  • Menuju ke barat, melawat Borgarfjordur yang juga dikenali sebagai Saga Valley kerana mempunyai banyak peristiwa bersejarah penting.
  • Mendaki kawah gunung berapi Grábrók dan berkunjung ke Deildartunguhver – kolam air panas paling gah di Eropah.
  • Menikmati pemandangan air terjun Hraunfossar dan Barnafoss.
  • Di sebelah petang, pemandu pelancong anda akan memberikan maklumat mengenai Cahaya Utara.
  • Menunggu penampakan Cahaya Utara di taman pada malam hari bersama secawan coklat atau teh panas.

Bermalam di lokasi

  • Icelandair Hotel Hamar atau setaraf.

Day 3 - Snæfellsnes Peninsula & Fjord Cruise

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari

Sarapan di hotel

Bandar nelayan Stykkishólmur

  • Lawatan ke bandar nelayan Stykkishólmur untuk menikmati pelayaran di Breiðafjörður fjord.

Makan tengah hari di lokasi

  • Selepas makan tengah hari, menikmati hidangan ikonik Iceland; Hakarl – ikan jerung yang ditapai.

Lawatan ke Mt. Kirkjufell and mencari Cahaya Utara

  • Melawat perkampungan nelayan Grundarfjörðu; lokasi dengan garis laut dan gunung, tasik dan air terjun yang mengagumkan (bergantung pada keadaan jalan dan cuaca).
  • Menikmati pemandangan Mt. Kirkjufell – kedudukan uniknya yang tertonjol dari laut menjadikannya lokasi menarik tumpuan pelancong.
  • Dalam perjalanan balik ke Borgarnes; pemandu pelancong akan berkongsi tip praktikal cara mengambil gambar Aurora – sebahagian daripada program Akademi Cahaya Utara.
  • Menunggu penampakan Cahaya Utara di taman pada malam hari atau berendam dalam tab air panas luar hotel.

Bermalam di lokasi

  • Icelandair Hotel Hamar atau setaraf.

Day 4 - Golden Circle, Melawat Lokasi Geoterma & Kuda Iceland

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

Lawatan ke Tapak Warisan Dunia UNESCO, melihat kuda Iceland

  • Menikmati pemandangan di sepanjang Hvalfjörður fjord, singgah di kedai bulu kambing biri-biri Iceland.
  • Meneruskan lawatan ke Taman Negara Þingvellir, lokasi Tapak Warisan Dunia UNESCO.
  • Menerokai Golden Circle, melihat pancuran wap dari padang geoterma Geysir.
  • Merasai roti segar yang dibakar menggunakan kolam air panas yang dihidangkan dengan mentega Iceland, telur rebus dan ikan hering di Restoran Geysir
  • Lawatan ke Air Terjun Gullfoss untuk mengagumi pemandangannya.
  • Di sebelah petang, berpeluang menyaksikan kuda Iceland yang jinak dan mempelajari tentang keunikan baka ini serta sejarahnya.
  • Melawat rumah hijau geoterma dan bertolak ke lokasi penginapan di Iceland Selatan.
  • Menikmati kepekatan malam dan memburu Cahaya Utara yang sukar untuk ditemui di taman hotel.

Bermalam di lokasi

  • Hotel Eldhestar atau setaraf.

Day 5 - Keajaiban Alam Semula Jadi Iceland Selatan & Gunung Berapi Eyjafjallajökull

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

Lawatan ke Air Terjun Skógafoss dan Pantai Lava Hitam

  • Menikmati perjalanan di sepanjang pantai selatan dan melawat Pusat Pameran Lava & Gunung Berapi – mempelajari tentang geologi dan gunung berapi aktif.
  • Lawatan ke muzium rakyat terbaik di Iceland dengan koleksi artifak ladang dan domestik yang luar biasa dari zaman lama Iceland dan beberapa rumah rumput.
  • Menikmati pemandangan di air terjun berdekatan; Skógafoss yang berketinggian 60 meter dan salah satu daripada air terjun yang mengagumkan di negara ini.
  • Berjalan-jalan di pantai lava hitam dan cenuram burung di Reynisfjara di Iceland Selatan.

Bermalam di lokasi

  • Hotel Klaustur atau setaraf.
  • Meluangkan masa selama dua malam berhampiran Taman Negara Vatnajökull - ideal untuk pencarian Cahaya Utara.

Day 6 - Taman Negara Vatnajökull & Glasier

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

Taman Negara Vatnajökull & Glacier

  • Berkunjung ke Jökulsárlón; lagun glasier yang dipenuhi dengan aisberg yang terapung, menerokai lokasi ini dan mungkin berpeluang untuk melihat anjing laut berenang di depan mata anda di lautan artik.
  • Berjalan-jalan di sepanjang pantai pasir hitam yang juga dikenali sebagai Pantai Berlian yang diliputi aisberg.
  • Pada waktu petang, melawat gereja rumput kecil di Hof dan meluangkan masa menerokai taman negara terbesar di Eropah – mempunyai gunung tertinggi di Iceland, pohon alpine, dan glasier terbesar di Eropah.
  • Menikmati pertunjukan filem mengenai Cahaya Utara. Pada waktu malam, menunggu penampakan Cahaya Utara di taman.

Bermalam di lokasi

  • Hotel Klaustur atau setaraf.

Day 7 - Pantai Selatan, Reykjavík & Blue Lagoon

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Malam

Sarapan di hotel

Padang lava Eldhraun and air terjun Seljalandsfoss

  • Menuju ke padang lava Eldhraun dan Kampung Vik dari Kirkjubæjarklaustur.
  • Singgah untuk mengambil gamabr dan menikmati pemandangan pantai lava hitam dan cenuram burung bertemankan angin dan deruan ombak yang menghempas.
  • Menerokai Air Terjun Seljalandsfoss.
  • Di sebelah petang, bertolak ke Reykjavik.

Aktiviti free and easy

  • Menikmati masa santai selama 2 jam menerokai ibu kota Iceland sendiri.
  • Aktiviti cadangan: melawat muzium, membeli-belah atau berehat di bilik hotel.

Menerokai Blue Lagoon yang terkenal

  • Berendam dalam Blue Lagoon yang terkenal di Grindavik.

Makan malam perpisahan

  • Menikmati makan malam sempena perpisahan di restoran tempatan.

Lawatan malam terakhir - Cahaya Utara

  • Mencari Cahaya Utara buat kali terakhir.

Bermalam di lokasi

  • Hotel Klettur.

Day 8 - Bertolak dari Reykjavik

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

Daftar keluar hotel

Bertolak ke lapangan terbang

  • Pengangkutan dengan bas ulang-alik dari hotel di Reykjavik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Keflavik.

Termasuk

Penginapan

  • Penginapan 7 malam di hotel yang selesa
  • Pengangkutan pergi balik dari lapangan terbang ke hotel menggunakan bas ulang-alik (tanpa pemandu pelancong)

Lawatan & Aktiviti

  • Pelayaran di Breiðafjörður fjord termasuk makan tengah hari ringan (Hari 3)
  • Melawat ladang pengawetan ikan jerung tradisional
  • Melawat mata air panas, mencuba roti & telur yang dimasak menggunakan tenaga geoterma
  • Melawat kandang kuda Iceland & rumah hijau geoterma
  • Melawat Pusat Pameran Lava
  • Muzium rakyat Skógar & rumah rumput
  • Kemasukan ke Blue Lagoon; tuala disediakan
  • Makan malam tradisional Iceland di restoran tempatan (Hari 7)
  • Program Cahaya Utara
  • Termasuk bayaran masuk
  • Wi-Fi percuma dalam bas
  • Kasut pepaku ais dan lampu suluh disediakan
  • Pilihan jelajah gua ais (pertengahan November dan pertengahan Mac)

Hidangan

  • Sama seperti dinyatakan dalam jadual perjalanan

Pemandu Pelancong

  • Lawatan bas 6 hari termasuk pemandu pelancong/pemandu fasih berbahasa Inggeris

Tidak Termasuk

Belanja

  • Tiket penerbangan antarabangsa
  • Insurans perjalanan
  • Cukai bandar
  • Semua hidangan yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • Lain-lain yang tidak dinyatakan
  • Malam tambahan di Reykjavik sebelum/selepas lawatan - atas permintaan
Kami Sedia Membantu
Izzuddin - Tripfez Travel
Izzuddin
Travel Consultant
Faris - Tripfez Travel
Faris
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }