Skip to main content
  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Asia
  4. ›
  5. Korea Selatan
  6. ›
  7. Seoul
  8. ›
  9. 7H6M Bulan Madu Seoul & Jeju

7H6M Bulan Madu Seoul & Jeju

Bulan Madu Seoul & Jeju Bersama Tripfez
Maaf, tiada pakej yang tersedia sekarang. Hubungi kami melalui online form atau di +603-8605 1918.

2 Negara

2 Bandar

6 Malam

17 Hidangan Halal

Persendirian

Pengenalan Ringkas

Seoul dan Jeju memberi peluang kepada pasangan yang baru berkahwin untuk menikmati suasana romantik dan indah. Detik-detik indah di Seoul dan Jeju diabadikan dengan kemas dalam ingatan sambil bersiar-siar di Byukchoji Arboretum yang dipenuhi dengan lebih daripada 800 jenis bunga dan menyusuri Sungai Han sambil menikmati pemandangan yang mengujakan. Seoul dan Jeju menjanjikan satu pengalaman yang manis dan romantik buat anda.

Mengapa anda perlu memilih percutian ini?

  • Menikmati suasana romantik sambil bersiar-siar dan menghayati keindahan lebih daripada 800 jenis bunga di Byukchoji Arboretum
  • Menerokai jalan yang terkenal di Korea dengan persembahan jalanan dan makanan tempatan yang lazat di Hongdae Street 
  • Mengagumi keindahan bunga canola yang berwarna kuning cerah yang sangat cantik di Seongsan Ilchulbong Peak terutamanya pada musim bunga

Persendirian

Nikmati keseronokan percutian diiringi pemandu pelancong dan kenderaan persendirian

Lengkap

6x Sarapan + 5x Makan Tengah Hari + 6x Makan Malam

Kategori

Bulan Madu

Jadual Perjalanan

Day 1 - Tiba di Lapangan Terbang Incheon dan Lawatan

Hidangan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Tiba di Lapangan Terbang Incheon

  • Setelah anda tiba di lapangan terbang, anda akan dibawa ke Gwangmyeong

Melawat Gwangmyeong Donggul

  • Bekas lombong emas ini mempamerkan bahan-bahan seni dan kebudayaan orang Korea. Di sini juga anda berpeluang menyaksikan pertunjukan cahaya dan bunyi yang menarik

Bersiar-siar di tepi pantai ke Ganghwa Island

  • Perjalanan ini akan melalui gunung-ganang yang indah dan pantai

Makan tengah hari di restoran tempatan

Bersiar-siar di sekitar Ganghwa

  • Luge Ride: Menuruni bukit sepanjang 1.8 km sambil menikmati pemandangan sekitar yang mengasyikkan
  • Dosol Misulguan (Kafe Galeri): Minum teh sambil menikmati keindahan lukisan yang terdapat di Kafe Galeri Hanok (rumah tradisional Korea) ini
  • Dongmak Beach (pantai lumpur): Menikmati panorama matahari terbenam di tepi pantai bersama yang tersayang

Makan malam di restoran tempatan

Daftar masuk hotel

Bermalam di Ganghwa

Day 2 - Lawatan di Paju dan Seoul

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sarapan di hotel

Bertolak ke Paju

Bersiar-siar di Byukchoji Arboretum

  • Taman yang bersusun indah ini mengandungi lebih 800 jenis bunga. Sesuai untuk anda ingin bergambar dalam suasana persekitaran yang romantis

Bertolak ke Seoul

Lawatan Seoul

  • Namsangol Hanok Village: Perkampungan ini mempunyai 5 rumah tradisional yang telah dibaik-pulih, serta terdapat taman-taman tradisional dan pavilion
  • N Seoul Tower dengan Kereta Kabel: N Seoul Tower adalah lokasi utama tarikan pelancong di Korea dan merupakan salah sebuah lokasi ikonik dan wajib dilawati jika anda berkunjung ke sini

Makan tengah hari di restoran tempatan

Lawatan kota Seoul diteruskan

  • Gwanghwamun Plaza: Apabila anda melalui dataran ini, anda berpeluang menyaksikan tugu King Sejong the Great - pencipta huruf-huruf Korea ‘Hangul’ dan juga tugu Admiral Yi Sun-Shin
  • Cheonggyecheon Stream
  • Pasar Namdaemun: Pasar terbesar dan tertua di Korea
  • Myeongdong Street adalah kawasan tumpuan terkenal di Seoul. Ia popular dengan kalangan pelancong sebagai destinasi tumpuan untuk membeli-belah 

Makan malam di restoran tempatan

Daftar masuk hotel

Bermalam di Seoul

Day 3 - Berlepas ke Jeju dan Lawatan

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sarapan di hotel

Bergerak ke Lapangan Terbang Gimpo

Berlepas ke Jeju

Tiba di Jeju

Mulakan lawatan Jeju

  • Seopji coji: Lokasi ini terkenal dengan drama Korea ”All In”. Lihat kecantikan bunga Canola pada musim bunga sambil bersiar-siar di atas susunan batu-batu besar berlatarbelakangkan rumah api yang terkenal 
  • Seongsan Ilchulbong Peak: Tercipta daripada letusan gunung berapi yang berlaku 100,000 tahun lalu, lokasi ini mempunyai kawahnya yang tersendiri dan menjadi tumpuan pendakian dalam kalangan pelancong tempatan dan asing. Nikmati pemandangan indah dari puncak gunung

Makan malam di restoran tempatan

Melawat Seongeup Folk Village

  • Perkampungan kecil ini kaya dengan sejarah dan budaya orang Jeju. Pokok yang berusia ratusan tahun berada di tengah-tengah kampung ini membuatkan suasana perkampungan ini lebih unik

Melawat Gua Manjung

  • Anda akan melalui jalan Jongdalie Coastal. Bas persiaran akan membawa anda melalui jalan tebing pantai Jeju yang indah

Makan malam di restoran tempatan

Bermalam di Jeju

Day 4 - Lawatan Jeju dan Berlepas ke Seoul

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sarapan di hotel

Berkumpul dan Lawatan ke Jeju

  • Love Land: taman arca bertemakan hawa nafsu (sensuality) dan erotisisme (eroticism). Taman yang luas ini menempatkan lebih daripada 140 arca (40 arca terletak di dalam galeri dan 100 arca terletak di luar galeri). Love Land yang terletak di Jeju ini merupakan lokasi menarik yang mengetengahkan gabungan seni dan erotisisme secara santai dan bersahaja.
  • Pantai Hyeopjae: Pantai berpasir berwarna putih ini terhasil daripada kulit kerang hancur yang bercampur dengan pasir. Pantai ini diserikan lagi dengan air laut yang berwarna kobalt berlatarbelakangkan keindahan alam semula jadi yang memukau
  • Muzium Teh Hijau: Anda berpeluang mempelajari budaya teh tradisional Korea

Makan tengah hari di restoran tempatan

Lawatan Jeju diteruskan

  • Hello Kitty Island: Muzium ini mempamerkan rumah Hello Kitty, galeri seni dan juga pelbagai jenis pameran Hello Kitty. Selain itu, ia juga mempunyai kafe yang menyajikan makanan bertemakan Hello Kitty
  • Camellia Hill: Bukit ini mempunyai lebih daripada 6,000 jenis pokok camellia. Selain itu, ia juga mempunyai pokok kelapa, wildflowers dan juga tumbuhan-tumbuhan lain

Bertolak ke Lapangan Terbang Jeju

Berlepas ke Seoul

Tiba di Seoul

Day 5 - Lawatan Seoul

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Malam

Sarapan di hotel

Berkumpul untuk lawatan Seoul

  • Lotte World Amusement Park: Taman tema dalam bangunan terbesar di dunia. Turut mempunyai Magic Island dan taman hiburan
  • Kedai Kosmetik: Pelbagai jenis kedai barangan kosmetik 
  • Trick Eye Museum: Galeri lukisan menarik yang menggabungkan seni dan teknologi seperti AR (Augmented Reality) dan juga ilusi 2D/3D 

Lawatan kota Seoul diteruskan

  • Hongdae Street adalah antara tempat yang paling meriah di Seoul. Jalan ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan teater secara langsung, restoran makanan temparan dan juga tarian jalanan Korea
  • Han River Cruise: Berehat sejenak daripada kehidupan bandar dan menikmati pemandangan di sekitar Sungai Han, Seoul dengan menaiki bot bersama yang tersayang

Makan malam di restoran tempatan

Kembali ke hotel

Bermalam di Seoul

Day 6 - Lawatan Seoul

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sarapan di hotel

Lawatan Kota Seoul

  • Gyeongbokgung Palace: Salah sebuah istana terbesar pada zaman Dinasti Joseon. Di sini, anda berpeluang memperagakan pakaian tradisional Korea - Hanbok
  • Rumah Biru atau Presidential Blue House: Melalui Cheong Wa Dae iaitu tempat tinggal rasmi Perdana Menteri Korea.

Makan tengah hari di restoran tempatan

Membeli-belah di Korea

Membeli-belah dengan tawaran harga terbaik:

  • Kedai Kayu Pain (Pine Tree Shop)
  • Kedai Ginseng (Ginseng Shop)
  • Kedai Bebas Cukai (Duty-Free Shop)
  • Kilang Batu Kecubung (Amethyst Factory)

Makan malam di restoran tempatan

Bermalam di Seoul

Day 7 - Hari Terakhir di Seoul

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

  • Selepas sarapan, anda akan daftar keluar hotel

Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon

Berlepas ke KLIA

Termasuk

Penginapan

  • Penginapan untuk 6 malam (Bilik kongsi - bilik berdua, bertiga)

Lawatan & Aktiviti

  • Semua tiket masuk
  • Kenderaan (Van persendirian)

Hidangan

  • Hidangan seperti yang dinyatakan

Pemandu Pelancong

  • Pemandu pelancong fasih berbahasa Inggeris

Tidak Termasuk

Belanja

  • Perbelanjaan peribadi
  • Tiket penerbangan antarabangsa
  • Surcaj cukai (jika ada)
  • Visa masuk
  • Insurans perjalanan

Lawatan & Aktiviti

  • Lokasi dan tempat-tempat lawatan yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • Lawatan tertakluk pada perubahan, bergantung pada cuaca dan keadaan semasa
Kami Sedia Membantu
Anis - Tripfez Travel
Anis
Travel Consultant
Faris - Tripfez Travel
Faris
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }