Skip to main content
Pakej Percutian ke Perlis Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Perlis

Keindahan alam semula jadi menanti kehadiran anda

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Perlis Indera Kayangan merupakan negeri terkecil di Malaysia, terletak paling utara di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Perlis merupakan destinasi percutian terbaik buat mereka yang menggemari persekitaran semula jadi dikelilingi sawah padi yang menghijau, suasana kampung yang mendamaikan dan alam semula jadi yang menenangkan. Dalam kata lain, Perlis sebuah negeri kecil namun penuh dengan tarikan yang menarik.

Salah satu destinasi yang menarik di Perlis ialah Gua Kelam; salah sebuah gua batu kapur yang terletak di sini dengan 370 meter panjang dan terletak kira-kira 33km di utara Kangar – ibu negeri Perlis. Taman Rekreasi Gua Kelam popular dalam kalangan pelancong asing dan tempatan disebabkan oleh aktiviti merentas gua sambil mengagumi keindahan dan keunikan gua ini yang terbentuk daripada hakisan aliran air bawah tanah. Jangan lupa untuk memasukkan Kuala Perlis dalam jadual perjalanan anda, bandar kedua terbesar dan bandar pelabuhan utama di Perlis. Jeti Kuala Perlis merupakan salah satu daripada dua lokasi perlepasan utama ke Pulau Langkawi. Selain daripada itu, Kuala Perlis juga terkenal dengan pelbagai makanan laut yang segar dan Laksa Kuala Perlis yang menyelerakan.

Perlis juga boleh dikatakan sebagai syurga membeli-belah terutamanya buat mereka yang suka tawar-menawar dan ‘kaki shopping’. Banyak kompleks bebas cukai dan pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan seperti pakaian, kraftangan, makanan asli tempatan, barangan vintaj dan kelengkapan rumah, cenderamata dan banyak lagi boleh didapati di sini. Jangan lepaskan peluang berkunjung ke Padang Besar dan Pasar Wang Kelian – anda pasti akan jatuh cinta dengan pelbagai barangan yang ditawarkan. Pasar Wang Kelian merupakan salah satu destinasi tumpuan yang popular dalam kalangan pelancong, menawarkan pelbagai jenis barangan seperti pakaian, perkakas dapur, buah-buahan dan sayur-sayuran segar, makanan tempatan dan lain-lain.

Perlis merupakan salah satu destinasi di Malaysia yang patut dilawati oleh anda. Pakej percutian ke Perlis merupakan pilihan terbaik untuk anda yang menggemari suasana yang mendamaikan jauh daripada kesibukan kota. Keindahan alam semula jadi, makanan asli tempatan yang menyelerakan, penduduk tempatan yang mesra menanti kehadiran anda ke sini. Jom pakat mai Perlis!

Tempah pakej melancong anda ke Perlis dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8601 3685
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }