Skip to main content
  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Domestik
  4. ›
  5. Kuching
  6. ›
  7. 4H3M Pakej Kuching & Damai

4H3M Pakej Kuching & Damai

Pakej Kuching & Damai  Bersama Tripfez
Maaf, pakej ini tidak lagi tersedia. Kami mempunyai pakej lain yang serupa yang boleh kami tawarkan.
Hubungi kami melalui online form atau di +603-8605 1918.

1 Negara

1 Bandar

3 Malam

4 Hidangan Halal

Seat In Coach

Pengenalan Ringkas

Ini adalah peluang anda untuk mengembara ke hutan tropika Borneo yang menghijau. Alami pengalaman melihat Orang Utan di dalam hutan terperlihara seluas 653 hektar di Hutan Simpanan Semanggoh dan juga pelajari budaya suku kaum di Sarawak yang unik di Perkampungan Budaya Sarawak.

Mengapa anda perlu memilih percutian ini?

  • Lihat Orang Utan yang telah diselamatkan bermain dengan gembira di Pusat Hidupan Liar Semanggoh
  • Lihat bandar Kuching dari sudut yang berbeza dengan menaiki RIver Crusie
  • Kenali etnik suku kaum di Sarawak yang pelbagai di Perkampungan Budaya Sarawak

Seat In Coach

Lebih ramai, lebih meriah. Cipta kenangan bersama -- kongsi kenderaan atau pemandu pelancong dengan pelancong lain

Lengkap

3x Sarapan + 1x Makan Tengah Hari

Kategori

Kebudayaan

Jadual Perjalanan

Day 1 - Tiba di Kuching dan Lawatan Bandar

Hidangan
  • No Meals

Tiba lapangan terbang antarabangsa Kuching

Lawatan bandar

Kenali ibu kota negeri Sarawak ini dengan lawatan ke:

  • Kuil Cina yang masih terpelihara seperti Tua Pek Kong Temple
  • Astana
  • Bangunan zaman kolonial di Fort Margherita
  • Muzium terkenal di Sarawak dan juga muzium kucing 

Henti seketika untuk solat

Melihat pembuatan kek lapis

  • Kek lapis adalah makanan tradisional negara yang sukar untuk dibuat, tapi sangat enak untuk di makan! Makanan warna-warni ini amatlah sesuai untuk hadiah rakan-rakan

Daftar masuk hotel

Bermalam di Kuching

Day 2 - Jatuh cinta dengan keindahan semula jadi Sarawak

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

Hutan simpanan dan ladang buaya

  • Pusat Hidupan Liar Semanggoh: Perjalanan ini akan mengambil 30 minit dan juga mendaki hutan hujan yang tebal. Di sini, anda boleh lihat Orang Utan bergerak secara bebas di sekitar hutan simpanan yang seluas 653 hectar. Orang Utan yang terpisah dari keluarganya dan juga yang diselamatkan dari pemburu telah dilatih untuk hidup dengan sendiri di hutan
  • Ladang Buaya dan Zoo: Terletak di tengah-tengah pokok-pokok buah dan juga hutan yang menghijau, anda boleh lihat 1,000 buaya menetap di sini. Ladang ini telah dibina seperti habitat semula jadi buaya untuk keselesaan mereka. Selain buaya, anda juga lihat haiwan-haiwan yang menarik seperti binturong, musang civet, rusa, ular python dan banyak lagi

Rehat untuk tunaikan solat

Membeli-belah cenderahati

  • Kilang Tembikar Sarawak: Lihat kecantikan dan keunikan kerja kreatif artits-artis membuat tembikar tradisioanal dan juga kraftangan Sarawak yang wajib anda beli untuk yang tersayang di rumah 
  • Kilang sarang burung Sarawak dan produk tempatan: Terkenal dengan produk tempatan dan juga cenderahati di Kuching

Sarawak River Cruise

  • Pelayaran sepanjang sungai Sarawak adalah cara yang menenangkan untuk melihat bahagian bandar Kuching dan juga menjejaki jalan James Brooke apabila beliau tiba di Sarawak. Di sini, anda akan lihat  Waterfront, Brooke Dockyard, perkampungan Melayu yang berusia 100 tahun, Fort Margherita, Astana, Square Tower and the Industrial Estate. 

Kembali ke hotel

Bermalam di Kuching

Day 3 - Lawatan Kebudayaan Sarawak

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari

Sarapan di hotel

Lawatan perkampungan budaya Sarawak

  • Di kenali ramai sebagai "Muzium Hidup", kampung ini mempamerkan pelabagai bahagian kebudayaan dan tradisi Sarawak. Apabila anda tiba, anda akan terokai 7 replika rumah-rumah etnik di Sarawak seperti Rumah Cina, Rumah Melayu Berkaki Kayu, Rumah Tinggi Melanau, Pondok Penan dan juga Rumah Panjang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Di dalam setiap rumah, adalah artifak dari setiap kaum masing-masing. 

Makan tengah hari di restoran tempatan

Tarian tradisi Sarawak

Anda pasti terpukau melihat tarian tradisional dari pelbagai jenis suku- kaum dari Sarawak di Panggung Kampung

Kembali ke hotel

Bermalam di Kuching

Day 4 - Bertolak ke Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

Aktiviti free and easy

Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Berlepas ke KLIA

Termasuk

Penginapan

  • 2 malam di Imperial Kuching
  • 1 malam di Damai Beach

Lawatan & Aktiviti

  • Tiket masuk untuk semua lawatan

Hidangan

  • 3x Sarapan
  • 1x Lunch

Pemandu Pelancong

  • Pemandu pelancong yang berbahasa Inggeris/ Mandarin/ BM
  • Lawatan berpanduan ke bandar Kuching, membeli-belah, Semenggoh Orang Utan, ladang buaya, tembikar Sarawak, Sarawak River Cruise dan Perkampungan Kebudayaan Sarawak (semua lawatan adalah termasuk tiket masuk)
  • Pengantaran pergi dan kembali ke lapangan terbang - hotel - resort

Tidak Termasuk

Belanja

  • Sebarang urusan penerbangan atau cukai lapangan terbang
  • Penghantaran ke hotel/rumah
  • Perbelanjaan sendiri / Insurans
  • Minuman ketika hidangan makanan
  • Cukai Lawatan: RM10 untuk setiap bilik/malam (untuk pelawat bukan-Malaysia sahaja)
  • Lawatan dan hidangan lain yang tidak ditulis di jadual perjalanan
  • Makan tengah hari dan makan malam ketika perjalanan boleh dibuat dengan penambahan RM35.00 untuk setiap orang dan setiap hidangan
Kami Sedia Membantu
Syamil - Tripfez Travel
Syamil
Travel Consultant
Haire - Tripfez Travel
Haire
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }