Skip to main content
Pakej Percutian ke Bintulu Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Bintulu

Permata tersembunyi Sarawak

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Pada era 70-an, Bintulu hanyalah sebuah perkampungan nelayan kecil dengan bilangan penduduk seramai 14,000 orang sahaja. Namun, impak perindustrian minyak di Bintulu pada hari ini telah meningkatkan populasi penduduknya kepada kira-kira 210,000 orang. Walaupun industri minyak dan gas rancak di Bintulu, ia tidak sedikit pun mencacatkan industri pelancongan di sini. Keindahan alam semula jadi di Bintulu dan keunikan flora dan faunanya menjanjikan percutian anda di sini satu percutian yang sempurna.

Merentas hutan di Taman Negara Similajau adalah pengenalan sempurna kepada keindahan alam semula jadi Bintulu. Dengan pelbagai tarikan untuk diterokai, Bintulu menjanjikan kepuasan dan kegembiraan buat anda yang berkunjung ke sini. Menelusuri Gua Niah persis Indiana Jones yang berusia lebih daripada 40,000 tahun. Perjalanan menuju ke Gua Niah amat mudah kerana laluan pejalan kaki yang luas telah disediakan untuk pengunjung. Untuk tiba di gua ini, anda perlu bermula dari Taman Negara Niah dan berjalan sejauh 4.5 km melalui hutan. Anda juga berpeluang merasai kehidupan sebenar penduduk tempatan dengan bermalam di rumah panjang tradisional Sarawak.

Makanan jalanan tempatan Bintulu adalah antara makanan yang perlu dicuba jika anda berkunjung ke sini antaranya kepak ayam barbeku, sate, pisang goreng dan hidangan berasaskan makanan laut tempatan – sesuai dengan kedudukan geografi bandar Bintulu di tepi pantai. Anda juga berpeluang mencuba hidangan lengkap seperti mi atau nasi yang boleh didapati di gerai-gerai berhampiran. Untuk melengkapi hidangan anda, nikmati semangkuk ais cendol atau air batu campur sebagai pencuci mulut!

Tempah pakej melancong anda ke Bintulu dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu

Travel Consultant

Anis

Travel Consultant

Nash

Travel Consultant

Faisul

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8601 3685
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }