Skip to main content
  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Asia
  4. ›
  5. Indonesia
  6. ›
  7. Labuan Bajo
  8. ›
  9. 4H3M Lawatan Labuan Bajo X Pulau Komodo

4H3M Lawatan Labuan Bajo X Pulau Komodo

Lawatan Labuan Bajo X Pulau Komodo Bersama Tripfez
Maaf, pakej ini tidak lagi tersedia. Kami mempunyai pakej lain yang serupa yang boleh kami tawarkan.
Hubungi kami melalui online form atau di +603-8605 1918.

1 Negara

1 Bandar

3 Malam

8 Hidangan Halal

Persendirian

Pengenalan Ringkas

Labuan Bajo ialah sebuah pekan nelayan kecil yang menjanjikan akses lengkap kepada pelancong untuk menikmati pemandangan dan keajaiban alam semula jadi Pulau Flores yang menakjubkan. Melawat Pulau Komodo, berjalan-jalan menerokai Gua Batu Cermin, berenang di Pantai Merah Muda, mendaki Pulau Padar, menyaksikan matahari terbenam di Fox Island dan banyak lagi menanti anda. 

Mengapa anda perlu memilih percutian ini?

  • Menerokai keindahan Pulau Komodo yang menempatkan spesies biawak komodo yang terkenal sambil menikmati keindahan pemandangan alam semula jadi yang mengujakan.
  • Melakukan aktiviti snorkeling di Pantai Merah Muda di Labuan Bajo, pasir pantai ini mendapat warna merah jambu daripada garnet dalam pasir.
  • Gua Batu Cermin ialah salah satu daripada beberapa tarikan pelancong yang ada di sini, mendapat julukan batu cermin disebabkan oleh pantulan cahaya matahari pada batuan kristal yang terdapat pada dinding batu ini. 

Persendirian

Nikmati keseronokan percutian diiringi pemandu pelancong dan kenderaan persendirian

Lengkap

3x Sarapan + 2x Makan Tengah Hari + 3x Makan Malam

Kategori

Alam Semula Jadi

Hidupan Liar

Pantai

Jadual Perjalanan

Day 1 - Kuala Lumpur – Labuan Bajo

Hidangan
  • Makan Malam

Tiba di Lapangan Terbang Labuan Bajo

  • Setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Komodo, anda akan disapa oleh wakil Tripfez.
  • Seterusnya, memulakan perjalanan di sini dengan melawat Gua Batu Cermin.

Lawatan Gua Batu Cermin

  • Setelah tiba, anda akan memulakan perjalanan menuju ke Gua Batu Cermin dengan jarak perjalanan kira-kira 45 minit untuk menyaksikan pembentukan stalaktit dan stalagmit. 
  • Gua ini mendapat namanya daripada dinding yang berkilau ketika terkena sinaran matahari pagi yang melalui celah-celah rekahan pada bumbung gua. 

Makan tengah hari di restoran tempatan

  • Makan tengah hari dengan aturan sendiri.

Lawatan Bukit Sylvia

  • Selepas itu, bertolak ke Bukit Sylvia sambil menikmati perjalanan ke puncak dan berpeluang menyaksikan pemandangan yang mengujakan. 

Makan malam di restoran tempatan

Daftar masuk hotel

Bermalam di lokasi

Day 2 - Lawatan Labuan Bajo

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sarapan di hotel

  • Selepas sarapan, anda akan dijemput oleh pemandu pelancong di lobi hotel untuk membawa anda ke pelabuhan untuk menaiki bot menyeberangi ke Pulau Bidadari, Labuan Bajo.

Lawatan Pulau Bidadari

  • Setelah tiba, anda akan menikmati pemandangan pasir pantai berwarna putih berlatarbelakangkan pemandangan panorama Taman Negara Komodo yang mengelilinginya sebagai ciri tarikan utama di pulau ini.
  • Pulau ini sangat terkenal dengan air pantai yang jernih dan sesuai untuk aktiviti menyelam dan snorkeling.
  • Selepas itu, kembali ke bot untuk menuju ke Pulau Kelor.

Lawatan Pulau Kelor

  • Anda berpeluang berenang, melakukan aktiviti snorkeling dan bersantai sambil menikmati terumbu karang yang indah sambil ditemani pelbagai spesies ikan yang unik.
  • Selepas itu, bertolak ke Manjarite.

Makan tengah hari di atas bot

  • Makan tengah hari akan disediakan di atas bot semasa dalam perjalanan menuju ke Manjarite.

Lawatan Manjarite

  • Anda boleh berenang di lautan sambil menikmati keindahan dan keunikan dunia bawah laut.
  • Seterusnya, meneruskan perjalanan ke Fox Island.

Lawatan Fox Island

  • Setelah tiba, anda berpeluang menikmati pemandangan matahari terbenam sambil menyaksikan ribuan rubah besar berterbangan di malam hari.

Makan malam di atas bot

Bermalam di atas bot

Day 3 - Lawatan Labuan Bajo

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sarapan di atas bot

  • Sarapan akan disediakan di atas bot semasa dalam perjalanan menuju ke Pulau Padar sambil menikmati matahari terbit.

Lawatan Pulau Padar

  • Setelah tiba, meneruskan perjalanan menuju ke puncak Pulau Padar untuk menikmati pemandangan matahari terbit dan panorama laut yang indah.
  • Kemudian, kembali ke bot untuk bertolak ke Pulau Komodo.

Lawatan Pulau Komodo

  • Berjalan kaki menerokai keindahan hutan hijau di sini dan berpeluang menyaksikan biawak komodo dan binatang-binatang lain (rusa, khinzir dan pelbagai spesies burung).
  • Renjer tempatan akan mengiringi anda sepanjang perjalanan di sini.
  • Selepas itu, bertolak ke Pantai Merah Muda.

Makan tengah hari di atas bot

  • Makan tengah hari akan disediakan di atas bot.

Lawatan Pantai Merah Muda

  • Meneruskan perjalanan menuju ke Pantai Merah Muda untuk berenang, melakukan aktiviti snorkeling dan bersantai sambil menikmati keindahan alam semula jadi di sini. 
  • Kemudian bertolak pulang ke Labuan Bajo.

Makan malam di restoran tempatan

Bermalam di lokasi

Day 4 - Labuan Bajo – Kuala Lumpur

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

Aktiviti free and easy

Daftar keluar hotel

Bertolak ke lapangan terbang

Berlepas ke Kuala Lumpur

Termasuk

Penginapan

  • Penginapan 2 malam di hotel pilihan
  • Pengangkutan dari/ke Labuan Bajo
  • Penginapan 1 malam dalam bot carter (kabin bot tempatan)
  • Pengangkutan berhawa dingin

Lawatan & Aktiviti

  • Bayaran masuk & tempat letak kereta
  • Peralatan snorkeling

Hidangan

  • Hidangan seperti dinyatakan dalam jadual perjalan

Pemandu Pelancong

  • Pemandu pelancong fasih berbahasa Inggeris
  • Bayaran renjer

Minuman

  • Air mineral

Tidak Termasuk

Belanja

  • Tiket penerbangan antarabangsa & domestik
  • Insurans perjalanan
  • Tip/Gratuiti untuk pemandu/pemandu pelancong (RM35 sehari/seorang)
  • Tambahan lain yang tidak dinyatakan dalam inklusif
  • Surcaj musim puncak (RM90 sehari/seorang)
Kami Sedia Membantu
Azril - Tripfez Travel
Azril
Travel Consultant
Ainul - Tripfez Travel
Ainul
Travel Consultant
Faris - Tripfez Travel
Faris
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }