Skip to main content
  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. 5H4M Aceh X Sabang

5H4M Aceh X Sabang

Aceh X Sabang Bersama Tripfez
Maaf, pakej ini tidak lagi tersedia. Kami mempunyai pakej lain yang serupa yang boleh kami tawarkan.
Hubungi kami melalui online form atau di +603-8605 1918.

1 Negara

1 Bandar

4 Malam

12 Hidangan Halal

Persendirian

Pengenalan Ringkas

Banda Aceh menawarkan pemandangan yang menarik dan banyak aktiviti-aktiviti menarik untuk dilakukan. Walaupun bandar ini terkesan hebat dengan bencana tsunami yang melanda pada tahun 2004, bandar ini telah melalui fasa pembangunan semula sehingga kini. Namun begitu, beberapa monumen tsunami masih boleh ditemui di sini. Dengan pakej ini, anda berpeluang menerokai Muzium Aceh, Rumah Aceh, Gunongan, Masjid Baiturrahman, Pulau Sabang, Kapal PLTD Apung, rumah Cut Nyak Dhien dan banyak lagi!

Mengapa anda perlu memilih percutian ini?

  • Melawat Muzium Tsunami yang berfungsi sebagai peringatan kepada bencana tsunami yang berlaku pada tahun 2004 dan pusat pendidikan tentang tsunami. 
  • Berjalan-jalan di sekitar Gunongan; monumen yang dibina oleh Sultan Iskandar Muda untuk isterinya sebagai peringatan kepada kampung halamannya di Pahang, Malaysia. 
  • Menerokai Pulau Weh, salah satu lokasi pelancongan yang utama di Aceh dengan pengalaman snorkeling yang menakjubkan.

Persendirian

Nikmati keseronokan percutian diiringi pemandu pelancong dan kenderaan persendirian

Lengkap

4x Sarapan + 4x Makan Tengah Hari + 4x Makan Malam

Kategori

Pantai

Pemandangan

Alam Semula Jadi

Jadual Perjalanan

Day 1 - Lapangan Terbang - Banda Aceh

Hidangan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Tiba di Lapangan Terbang Sulthan Iskandar Muda

  • Setelah tiba di Lapangan Terbang Sulthan Iskandar Muda, Banda Aceh, anda akan disapa oleh pemandu pelancong/pemandu merangkap pemandu pelancong.

Lawatan Banda Aceh

  • Lawatan dimulakan dengan melawat Muzium Aceh, Rumah Aceh, Loceng Laksamana Cheng Ho (Cakra Donya) dan Makam Sultan Iskandar Muda. 
  • Kemudian, melawat Gunongan (Taman Putri Pahang).

Makan tengah hari di restoran tempatan

Lawatan Banda Aceh diteruskan

  • Selepas makan tengah hari, berkunjung ke Masjid Baiturrahman.
  • Kemudian, melawat Muzium Tsunami.

Aktiviti membeli-belah

  • Membeli-belah di Pasar Aceh, menawarkan pelbagai pilihan kraftangan, cenderamata dll.

Daftar masuk hotel

Makan malam di restoran tempatan

Bermalam di lokasi

Day 2 - Banda Aceh - Sabang (Pulau Weh)

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sarapan di hotel

Daftar keluar hotel

Bertolak ke Pelabuhan Ulee Leu

  • Perjalanan ke Pulau Sabang mengambil masa kira-kira 2 jam untuk tiba di Pelabuhan Balohan dengan feri laju.
  • Setelah tiba, anda akan disapa oleh pemandu pelancong/pemandu merangkap pemandu pelancong.

Lawatan Pulau Sabang

  • Melawat Pantai Anoi Itam, Benteng Jepang dan Pantai Sumur Tiga. Dalam perjalanan, singgah untuk bergambar di Monumen Sabang. 

Daftar masuk hotel

Makan tengah hari di restoran tempatan

Lawatan Pulau Sabang diteruskan

  • Selepas makan tengah hari, menerokai Danau Aneuk Laut, monumen I Love Sabang dan Air Terjun Pria Lot.
  • Seterusnya, lawatan diteruskan dengan membeli-belah di sekitar Sabang.
  • Selepas itu, kembali ke hotel.

Makan malam di restoran tempatan

Bermalam di lokasi

Day 3 - Sabang (Pulau Weh) - Pulau Rubiah & Snorkelling

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sarapan di hotel

Lawatan Pulau Rubiah dan aktiviti snorkelling

  • Selepas sarapan, bertolak ke monumen ZERO kilometer untuk menyaksikan pemandangan Laut Indonesia yang mengasyikkan.
  • Kemudian, melawat Pantai Iboih dan menaiki bot kaca dan berpeluang merasai pengalaman melihat pemandangan bawah laut di sekitar Pulau Rubiah dan melakukan aktiviti snorkelling.

Makan tengah hari di restoran tempatan

Lawatan Pantai Gapang - Pantai Kasih

  • Seterusnya, melawat Pantai Gapang.
  • Selepas itu, berehat dan bersantai sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang indah di Pantai Kasih (bergantung pada keadaan cuaca). Kemudian, kembali ke hotel.

Makan malam di restoran tempatan

Bermalam di lokasi

Day 4 - Sabang - Banda Aceh

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sarapan di hotel

Daftar keluar hotel

Bertolak ke Pelabuhan Balohan

  • Menaiki feri untuk pulang ke Banda Aceh.

Lawatan Banda Aceh

  • Setelah tiba di Banda Aceh, melawat Kapal PLTD Agung untuk menyaksikan kapal seberat 2600 tan ini dihanyutkan ombak besar Tsunami sejauh 4 km yang melanda negara ini.
  • Kemudian, melawat Sekolah Islam (Pesantren) dan rumah anak yatim yang dibina oleh penderma antarabangsa.

Makan tengah hari di restoran tempatan

Lawatan Banda Aceh diteruskan

  • Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan ke Pantai Lampuuk. Dalam perjalanan singgah di Rumah Cut Nyak Dhien di Lampisang.
  • Membeli-belah di sekitar kawasan Rumah Cut Nyak Dhien.
  • Kemudian, melawat Perkampungan Lampuuk untuk menyaksikan masjid yang masih berdiri teguh walaupun selepas dihempas badai Tsunami. 
  • Menikmati pemandangan yang indah di Pantai Lampuuk.

Makan malam di restoran tempatan

Daftar masuk hotel

Bermalam di lokasi

Day 5 - Banda Aceh - Lapangan Terbang

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

Daftar keluar hotel

Lawatan Rumah Jacky Chan

  • Bertolak ke Rumah Jacky Chan (lokasi tertinggi, di sini anda berpeluang menyaksikan keseluruhan pemandangan Banda Aceh, Pulau Sabang, Selat Melaka dan Lautan Hindi).
  • Kemudian, melawat Kuburan Massal. Kira-kira 46000 orang mangsa korban Tsunami yang berlaku pada 2004 dikebumikan di sini. 

Bertolak ke lapangan terbang

Berlepas ke Kuala Lumpur

Termasuk

Penginapan

  • Hotel seperti diminta
  • Bayaran masuk & yuran tempat letak kereta
  • Pengangkutan persendirian berhawa dingin termasuk yuran pemandu, bahan api.

Hidangan

  • Hidangan seperti dinyatakan dalam jadual perjalanan (Halal)

Pemandu Pelancong

  • Tip untuk pemandu pelancong/pemandu
  • Yuran pemandu pelancong (10 orang dan ke atas), Pemandu merangkap pemandu pelancong (2-9 orang)

Tidak Termasuk

Belanja

  • Tiket penerbangan
  • Belanja peribadi
  • Caj keselamatan
  • Insurans
  • Caj tambahan untuk makanan/minuman
  • Lawatan atau destinasi tambahan
  • Surcaj musim puncak
Kami Sedia Membantu
Izzuddin - Tripfez Travel
Izzuddin
Travel Consultant
Faris - Tripfez Travel
Faris
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }