Skip to main content
  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. 4H3M Aceh X Sabang

4H3M Aceh X Sabang

Aceh X Sabang Bersama Tripfez
Maaf, pakej ini tidak lagi tersedia. Kami mempunyai pakej lain yang serupa yang boleh kami tawarkan.
Hubungi kami melalui online form atau di +603-8605 1918.

1 Negara

1 Bandar

3 Malam

9 Hidangan Halal

Persendirian

Pengenalan Ringkas

Banda Aceh ialah ibu kota dan kota yang terbesar di Aceh, Indonesia. Menerokai keindahan Banda Aceh dengan berjalan-jalan di sekitarnya, melawat Muzium Tsunami dan Kapal PLTD Agung. Melakukan aktiviti snorkel dan berjalan-jalan menerokai keindahan Pulau Rubiah serta menerokai impak Tsunami yang melanda Banda Aceh pada 2004 yang mengorbankan ribuan nyawa dan berkunjung ke Masjid yang masih teguh berdiri walaupun setelah dihempas badai Tsunami yang berlaku satu ketika dahulu. 

Mengapa anda perlu memilih percutian ini?

  • Mengagumi keindahan Mesjid Raya Baiturrahman yang dibina semasa zaman kolonial Belanda dan menikmati keindahan karya seni Islam yang menakjubkan.
  • Merasai pengalaman terbaik snorkeling dan menyelam di Pulau Weh, pulau terpencil ini dikelilingi oleh air laut yang jernih dan pasir pantai keemasan.
  • Menerokai keindahan Rumah Aceh, seni bina bangunannya yang menarik merupakan salah satu contoh seni bina tradisional yang terdapat di Indonesia.

Persendirian

Nikmati keseronokan percutian diiringi pemandu pelancong dan kenderaan persendirian

Lengkap

3x Sarapan + 3x Makan Tengah Hari + 3x Makan Malam

Kategori

Pantai

Pemandangan

Alam Semula Jadi

Jadual Perjalanan

Day 1 - Lapangan Terbang - Lawatan Banda Aceh

Hidangan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Tiba di Lapangan Terbang Sulthan Iskandar Muda

  • Setelah tiba di Lapangan Terbang Sulthan Iskandar Muda, Banda Aceh, anda akan disapa oleh pemandu pelancong/pemandu merangkap pemandu pelancong.

Lawatan Banda Aceh

  • Lawatan dimulakan dengan melawat Muzium Aceh, Rumah Aceh, Loceng Laksamana Cheng Ho (Cakra Donya) dan Makam Sultan Iskandar Muda. 
  • Kemudian, melawat Gunongan (Taman Putri Pahang).

Makan tengah hari di restoran tempatan

Lawatan Banda Aceh diteruskan

  • Selepas makan tengah hari, berkunjung ke Masjid Baiturrahman.
  • Kemudian, melawat Muzium Tsunami.

Aktiviti membeli-belah

  • Membeli-belah di Pasar Aceh, menawarkan pelbagai pilihan kraftangan, cenderamata dll.

Daftar masuk hotel

Makan malam di restoran tempatan

Bermalam di lokasi

Day 2 - Banda Aceh - Sabang (Pulau Weh)

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sarapan di hotel

Daftar keluar hotel

Bertolak ke Pelabuhan Ulee Leu

  • Perjalanan ke Pulau Sabang mengambil masa kira-kira 2 jam untuk tiba di Pelabuhan Balohan dengan feri laju.
  • Setelah tiba, anda akan disapa oleh pemandu pelancong/pemandu merangkap pemandu pelancong.

Lawatan Pulau Sabang

  • Melawat Pantai Anoi Itam, Benteng Jepang dan Pantai Sumur Tiga. Dalam perjalanan, singgah untuk bergambar di Monumen Sabang. 

Daftar masuk hotel

  • Selepas daftar masuk, bersiap sedia untuk Lawatan Pulau Rubiah dan aktiviti snorkelling.

Makan tengah hari di restoran tempatan

Lawatan Pulau Rubiah dan aktiviti snorkelling

  • Selepas makan tengah hari, bertolak ke monumen ZERO kilometer untuk menyaksikan pemandangan Laut Indonesia yang mengasyikkan.
  • Kemudian, melawat Pantai Iboih dan menaiki bot kaca dan berpeluang merasai pengalaman melihat pemandangan bawah laut di sekitar Pulau Rubiah dan melakukan aktiviti snorkelling.
  • Selepas itu, berehat dan bersantai sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang indah di Pantai Kasih (bergantung pada keadaan cuaca). Kemudian, kembali ke hotel. 

Makan malam di restoran tempatan

Bermalam di lokasi

Day 3 - Lawatan Sabang - Banda Aceh

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sarapan di hotel

Daftar keluar hotel

Bertolak ke Pelabuhan Balohan

  • Menaiki feri untuk pulang ke Banda Aceh.

Lawatan Banda Aceh

  • Setelah tiba di Banda Aceh, melawat Kapal PLTD Agung untuk menyaksikan kapal seberat 2600 tan ini dihanyutkan ombak besar Tsunami sejauh 4 km yang melanda negara ini.
  • Kemudian, melawat Sekolah Islam (Pesantren) dan rumah anak yatim yang dibina oleh penderma antarabangsa. 

Makan tengah hari di restoran tempatan

Lawatan Banda Aceh diteruskan

  • Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan ke Pantai Lampuuk. Dalam perjalanan singgah di Rumah Cut Nyak Dhien di Lampisang.
  • Membeli-belah di sekitar kawasan Rumah Cut Nyak Dhien.
  • Kemudian, melawat Perkampungan Lampuuk menyaksikan masjid yang masih berdiri teguh walaupun selepas dihempas badai Tsunami. 
  • Menikmati pemandangan yang indah di Pantai Lampuuk.

Makan malam di restoran tempatan

Bermalam di lokasi

Day 4 - Banda Aceh - Lapangan Terbang

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

Daftar keluar hotel

Lawatan Rumah Jacky Chan

  • Bertolak ke Rumah Jacky Chan (lokasi tertinggi, di sini anda berpeluang menyaksikan keseluruhan pemandangan Banda Aceh, Pulau Sabang, Selat Melaka dan Lautan Hindi).
  • Kemudian, melawat Kuburan Massal. Kira-kira 46000 orang mangsa korban Tsunami yang berlaku pada 2004 dikebumikan di sini. 

Bertolak ke lapangan terbang

Berlepas ke Kuala Lumpur

Termasuk

Penginapan

  • Hotel seperti diminta
  • Bayaran masuk & yuran tempat letak kereta
  • Pengangkutan persendirian berhawa dingin termasuk yuran pemandu, bahan api.

Hidangan

  • Hidangan seperti dinyatakan dalam jadual perjalanan (Halal)

Pemandu Pelancong

  • Tip untuk pemandu pelancong/pemandu
  • Yuran pemandu pelancong (10 orang dan ke atas), Pemandu merangkap pemandu pelancong (2-9 orang)

Tidak Termasuk

Belanja

  • Tiket penerbangan
  • Belanja peribadi
  • Caj keselamatan
  • Insurans
  • Caj tambahan untuk makanan/minuman
  • Lawatan atau destinasi tambahan
  • Surcaj musim puncak
Kami Sedia Membantu
Ainul - Tripfez Travel
Ainul
Travel Consultant
Faris - Tripfez Travel
Faris
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }