Skip to main content
  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Asia
  4. ›
  5. Indonesia
  6. ›
  7. Bali
  8. ›
  9. 5H4M Lawatan Bali & Nusa Penida 2020

5H4M Lawatan Bali & Nusa Penida 2020

Lawatan Bali & Nusa Penida 2020 Bersama Tripfez
Maaf, pakej ini tidak lagi tersedia. Kami mempunyai pakej lain yang serupa yang boleh kami tawarkan.
Hubungi kami melalui online form atau di +603-8605 1918.

1 Negara

1 Bandar

4 Malam

12 Hidangan Halal

Persendirian

Pengenalan Ringkas

Anda akan melawat beberapa lokasi yang amat menarik di Bali. Luangkan masa sehari meneroka perairan biru Nusa Penida serta melawat kuil-kuil yang terkenal di Bali di Uluwatu, Tanah Lot dan pelbagai lagi.

Mengapa anda perlu memilih percutian ini?

  • Anda akan melawat beberapa kuil Bali yang bersejarah dan paling indah di Uluwatu Temple, Tanah Lot Temple dan banyak lagi
  • Seharian melawat ke pulau-pulau dan perairan biru Nusa Penida yang indah
  • Rasai pengalaman budaya Bali yang asli apabila anda menonton persembahan Barong Dance. Ini adalah persembahan yang terkenal dan amat disukai oleh orang Bali 

Persendirian

Nikmati keseronokan percutian diiringi pemandu pelancong dan kenderaan persendirian

Lengkap

4x Sarapan + 4x Makan Tengah Hari + 4x Makan Malam

Kategori

Kebudayaan

Pemandangan

Jadual Perjalanan

Day 1 - Tiba dan Melawat Bali

Hidangan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Tiba di lapangan terbang Bali

Setelah anda tiba di Bali, anda akan bertemu degan pemandu pelancong tempatan kami

Makan tengah hari di restoran tempatan

Melawat sekitar Bali

Selepas makan tengah hari, anda akan melawat:

  • Uluwatu Temple: Terletak di tanjung sebuah bukit, Uluwatu Temple ini berada 70 meter di atas paras laut. Di sini juga adalah tempat yang sesuai untuk melihat matahari terbenam di sebalik Lautan Hindi 
  • Cofffee Factory: Orang Bali sangat suka akan kopi. Di sini anda akan lihat mengapa pembuatan kopi mereka sangat terkenal serata dunia

Makan malam makanan laut di Jimbaran

Daftar masuk hotel

Bermalam di Bali

Day 2 - Lawatan Kebudayaan Bali

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sarapan di hotel

Lihat tarian Barong

  • Tarian ini adalah seperti Tarian Singa pada Raya Cina. Tarian ini mengisahkan tentang Baik berlawan dengan Jahat dan sangat terkenal dan amat disukai oleh orang Bali 
  • Anda akan melihat tarian ini di Ubud ,Batu Bulan,Celuk atau Mas Sukawati

Makan tengah hari di Kintamani

Melawat Tampak Siring

Di sini, anda akan melawat Pura Tirta Empul, antara kuil purba yang paling cantik di Bali. Di sini juga anda boleh mendapatkan sawah padi teres. Pelbagai lokasi menarik untuk anda bergambar

Makan malam di restoran tempatan

Bermalam di Bali

Day 3 - Melawat Ke Kuil-Kuil Bali Yang Terkenal

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sarapan di hotel

Melawat ke kuil-kuil di Bali

Anda akan melawat:

  • Taman Ayun Temple: Sesuai dengan terjemahanya iaitu ‘Garden Temple in the Water’, lokasi yang indah ini adalah di mana anda dapat melihat 6 kuil air Pura Taman Ayun
  • Pura Ulun Danu Temple: Terletak di tanah tinggi Bedugul, kuil ini kelihatan seolah-olah terapung di Tasik Beratan. Dengan beberapa pegunungan di latar belakangnya, anda boleh merasai suasana yang menenangkan di kuil ini

Makan tengah hari di Bedugul

Melawat Tanah Lot

Pelancong gemar mengambil gambar di kuil ini. Seolah-olah sebuah pulau yang tersendiri, kuil ikonik ini terletak di atas sebuah batu seluas 3 ekar dan hanya 20m dari pantai. Anda boleh mendengar dentuman ombak di bawah kuil semasa anda berjalan-jalan dan melihat seni binanya yang unik

Makan malam di restoran tempatan

Bermalam di Bali

Day 4 - Lawatan Hari ke Nusa Penida

Hidangan
  • Sarapan
  • Makan Tengah Hari
  • Makan Malam

Sarapan di hotel

Bertolak ke Nusa Penida untuk lawatan

Terletak sedikit jauh dari Bali, Nusa Penida mempunyai 3 pulau iaitu Nusa Lembongan, Nusa Penida, dan Nusa Ceningan. Lanskapnya yang unik membuatkan pemandangan di sini amat menakjubkan. Perairan pantainya yang biru juga telah menarik banyak pelancong untuk datang ke Nusa Penida. Di sini, anda akan pergi ke:

  • Broken Beach
  • Angels Billabong
  • Kelingking Beach

*Makan tengah hari juga akan dihidangkan di sini

Makan malam di restoran tempatan

Bermalam di Bali

Day 5 - Aktiviti Free and Easy Sebelum Pulang Ke Rumah

Hidangan
  • Sarapan

Sarapan di hotel

Aktiviti free and easy

Bertolak ke lapangan terbang Bali

Termasuk

Penginapan

  • 4 malam di hotel pilihan anda

Lawatan & Aktiviti

  • Sejambak bunga apabila anda tiba di Bali
  • Lawatan yang ditulis di dalam jadual perjalanan
  • Bayaran kemasukan ke tempat lawatan
  • Lawatan ini akan dikira sebagai lawatan persendirian
  • Tip untuk pemandu dan pemandu pelancong

Hidangan

  • 4x Sarapan
  • 4x Makan Tengah Hari
  • 4x Makan Malam

Pemandu Pelancong

  • Penghantaran ke lapangan terbang
  • Pemandu pelancong yang fasih berbahasa Inggeris

Minuman

  • Percuma air mineral setiap hari

Tidak Termasuk

Belanja

  • Perbelanjaan sendiri
  • Pembayaran keselamatan
  • Insurans
  • Makanan yang tidak ditulis di dalam jadual perjalanan

Lawatan & Aktiviti

  • Tiket penerbangan
  • Lawatan yang tidak ditulis di dalam jadual perjalanan
  • Lawatan tertakluk pada perubahan, bergantung pada cuaca dan keadaan semasa
Kami Sedia Membantu
Ainul - Tripfez Travel
Ainul
Travel Consultant
Faris - Tripfez Travel
Faris
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }