Skip to main content
Pakej Percutian ke Emiriah Arab Bersatu Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Emiriah Arab Bersatu

Menerokai keunikan seluas padang pasir.

  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Middle East
  4. ›
  5. Emiriah Arab Bersatu
Filters
Filters:
×
Filters
[[ displayedMonths ]]
2020
[[ displayedPricing ]]
Pakej harga seorang
[[ displayedDurations ]]
Tempoh
[[ displayedCategories ]]
Kategori Popular
Semua Kategori
[[ filterListShowMore ? 'Show Less' : 'Show All' ]]
[[ displayedDestinations ]]
Semua Bandar
[[ filterListShowMoreDestination ? 'Show Less' : 'Show All' ]]
Lain-lain
Group Type
Ground Type
Jenis Pelancongan
Jenis Pengangkutan
Reset Semua
[[displayedMonths]]
[[displayedPricing]]
[[displayedDurations]]
[[displayedCategories]]
[[displayedDestinations]]

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

3 Keputusan [[ tourCount.total > 0 ? tourCount.total : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.git > 0 ? tourCount.git : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.fit > 0 ? tourCount.fit : 0 ]] Keputusan
Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Terokai keunikan padang pasir seluas mata memandang sambil dibuai alunan muzik Arab yang indah di Emiriah Arab Bersatu. Negara Monarki Persekutuan ini terbentuk daripada gugusan tujuh Emiriah yang terdiri daripada Abu Dhabi (yang turut berfungsi sebagai ibu negara), Ajman, Dubai, Fujairah, Ras Al Khaimah, Sharjah dan Umm Al Quwain. Namun begitu, hanya dua daripada tujuh bandar di UAE ini yang popular dalam kalangan pelancong iaitu Abu Dhabi yang terkenal sebagai pusat Majlis Kebangsaan Persekutuan dan Dubai sebagai lokasi pelancongan terkenal terutamanya bangunan pencakar langit popular iaitu Burj Khalifa. Emiriah Arab Bersatu berkembang sebagai pusat tumpuan utama pelancong dan salah satu destinasi pelancongan popular yang menyajikan pelbagai tarikan menarik yang mengetengahkan elemen budaya tradisional Islam dan tradisi Muslim.

Lawatan ke Emiriah Arab Bersatu mungkin menjadi impian bagi setiap penggembara. Emiriah Arab Bersatu dengan garis laut Teluk Oman dan Teluk Parsi semestinya memukau setiap mata yang memandang. Arab Saudi yang terletak di bahagian barat dan barat daya UAE, manakala Oman terletak di bahagian tenggara dan hujung timur Semenanjung Musandam di sempadannya. UAE terkenal sebagai sebuah negara yang kaya dengan budaya dan sejarah, malah banyak aktiviti yang boleh dilakukan di UAE sekali gus menjadikan percutian anda di sini sebuah pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Anda boleh merasai kemegahan dan keindahan sebenar padang pasir dan tradisi budaya Dubai. Selain itu, Dubai menempatkan banyak bangunan dengan seni bina yang menakjubkan, kolam air pancut yang unik, akuarium besar, cerun ski dan gelanggang ais untuk diterokai. Burj Khalifa, salah satu lokasi tarikan ikonik di UAE yang terletak di pusat bandar Dubai, sebuah bangunan pencakar langit berketinggian 828 meter dengan reka bentuk binaan seperti 'jarum'. Ia merupakan bangunan pencakar langit tertinggi di dunia buat masa ini dan salah satu penghias latar langit popular di UAE serta menerima jutaan pengunjung saban tahun. Semasa di Dubai, jangan lepaskan peluang untuk menerokai keindahan Jumeirah, pertunjukan air pancut Dubai, melawat muzium bersejarah di Dubai dan merasai pengalaman makan malam di kem Badwi yang turut diselit dengan pelbagai aktiviti lain seperti memakai inai, makan malam yang menyelerakan, persembahan dan tarian.

Percutian ke Emiriah Arab Bersatu tidak lengkap jika tidak merasai pengalaman terbaik kemodenan tanah Arab di Abu Dhabi. Abu Dhabi merupakan ibu negara dan pusat pentadbiran Emiriah Arab Bersatu yang terletak di sebuah pulau di Teluk Parsi (Arab), di luar tanah besar UAE. Negara ini memberi fokus utama kepada pengeksportan minyak dan perdagangan, malah impak kemajuannya dapat dilihat melalui bangunan-bangunan moden yang memukau serta pusat-pusat beli-belah mega seperti Abu Dhabi Mall dan Marina Mall. Marina Mall merupakan salah satu lokasi beli-belah yang terkenal di Abu Dhabi dan merupakan destinasi percutian yang sempurna untuk membeli-belah bersama keluarga. Menariknya, Marina Mall di Abu Dhabi ini menawarkan lebih daripada sekadar pengalaman beli-belah. Selain menempatkan lebih 400 kedai barangan tempatan dan antarabangsa berjenama dan mewah, Marina Mall juga turut dilengkapi dengan bank, restoran, kedai-kedai khas dan pasaraya.

Antara tarikan lain yang terdapat di Abu Dhabi ialah Masjid Besar Sheikh Zayed; masjid yang terkenal dengan permaidani Parsi yang luas, kubah marmar berwarna putih, candelier kristal dan boleh menempatkan kira-kira 41,000 jemaah pada satu-satu masa. Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke lokasi tarikan utama yang terkenal di sini seperti Ferrari World Abu Dhabi, Yas Island, pasar dan souk tempatan seperti Gold Souk Abu Dhabi; pasar barangan kemas, Old Souk dan banyak lagi. Dirham Emiriah Arab Bersatu (AED) merupakan mata rang rasmi negara ini. Simbol Dhs atau DH sering digunakan sebagai simbol mata wang ini. Dirham Emiriah Arab Bersatu (AED) digunakan sejak 1973 menggantikan beberapa mata wang lain antaranya riyal Dubai dan riyal Qatar.

Bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan yang dituturkan oleh penduduk di Emiriah Arab Bersatu ialah bahasa Arab. Bahasa Arab standard moden diajar di sekolah-sekolah, dan sebahagian besar penduduk Arab bertutur dalam dialek bahasa Arab teluk yang lebih kurang sama dengan bahasa yang dituturkan di kebanyakan negara-negara di sekitarnya. Walaupun bahasa Arab merupakan bahasa rasmi di sini, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang paling banyak digunakan dan difahami secara meluas di UAE. Terdapat juga bahasa lain yang digunakan di seluruh UAE memandangkan UAE menempatkan komuniti eskpatriat yang besar seperti bahasa Hindi, Urdu, Bengali, Tamil, Tagalog, Parsi, Cina, Malayalam.

Emiriah Arab Bersatu merupakan syurga makanan buat pecinta makanan. Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan semasa bercuti ke UAE ialah merasai hidangan istimewa di rantau ini yang mencerminkan geografi, budaya dan iklimnya. Daging, ikan dan nasi merupakan makanan ruji penduduk di sini. Khuzi atau ghuzi merupakan hidangan tradisional negara ini dan boleh dikatakan sebagai hidangan kebangsaan Emiriah Arab Bersatu. Ia merupakan hidangan lengkap dan lazat yang terdiri daripada kambing panggang dan dihidangkan di atas nasi bersama sayur-sayuran dan kekacang. Emiriah Arab Bersatu menawarkan pilihan rasa yang berani dan eksotik, malah merupakan destinasi utama bagi pelancong yang ingin menikmati masakan Arab tradisional seperti Chicken Machboos (ayam berempah dan nasi), Tabbouleh yang dihidangkan bersama kuskus, Al Harees, Shawarma dan banyak lagi.

Tempah pakej melancong anda ke Emiriah Arab Bersatu dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu
Hazimi - Tripfez Travel
Hazimi
Travel Consultant
Bulan - Tripfez Travel
Bulan
Travel Consultant
Ramly - Tripfez Travel
Ramly
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }

Pakej Terlaris

Emiriah Arab Bersatu Pakej Percutian TempohHarga
Lawatan Dubai 5H4M Hubungi Kami
Lawatan Dubai 6H5M Hubungi Kami
Dubai 5H4M Hubungi Kami