Skip to main content
Pakej Percutian ke Myanmar Bersama Tripfez

Pakej Percutian ke Myanmar

Negeri 'Tanah Emas'

  1. Halaman Utama
  2. ›
  3. Asia
  4. ›
  5. Myanmar
Filters
Filters:
×
Filters
[[ displayedMonths ]]
2020
[[ displayedPricing ]]
Pakej harga seorang
[[ displayedDurations ]]
Tempoh
[[ displayedCategories ]]
Kategori Popular
Semua Kategori
[[ filterListShowMore ? 'Show Less' : 'Show All' ]]
[[ displayedDestinations ]]
Semua Bandar
[[ filterListShowMoreDestination ? 'Show Less' : 'Show All' ]]
Lain-lain
Group Type
Ground Type
Jenis Pelancongan
Jenis Pengangkutan
Reset Semua
[[displayedMonths]]
[[displayedPricing]]
[[displayedDurations]]
[[displayedCategories]]
[[displayedDestinations]]

Visa*

* Untuk warganegara Malaysia

Penerbangan Pergi Balik

Airport Pickup

Insuran Perjalanan

Hotel

Hidangan Halal

Ketua Kumpulan

Lawatan

3 Keputusan [[ tourCount.total > 0 ? tourCount.total : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.git > 0 ? tourCount.git : 0 ]] Keputusan[[ tourCount.fit > 0 ? tourCount.fit : 0 ]] Keputusan
Back image of a cartoon person holding a map

Hubungi Kami

Pasukan profesional kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mengenai urusan perjalanan anda. Hubungi kami dan berikan maklumat yang kami perlukan. Kami sedia membantu anda merealisasikan percutian impian anda. Hubungi Kami

Gambaran Keseluruhan

Myanmar (sebelum ini dikenali sebagai Burma) ialah sebuah negara dengan lebih daripada 100 kumpulan etnik dan terletak di Asia Tenggara, bersempadan dengan India, Bangladesh, China, Laos dan Thailand. Myanmar atau Burma terkenal dengan pelbagai lokasi tarikan menarik untuk dilawati dan diterokai. Namun begitu, Yangon, Bagan dan Mandalay merupakan antara lokasi popular yang sering menjadi tumpuan pelancong. Yangon (turut dikenali sebagai Rangoon) ialah bandar terbesar di rantau ini dan menempatkan pasar-pasar sibuk, taman dan tasik yang menarik, Shwedagon Pagoda unik yang berwarna keemasan dan menempatkan peninggalan Buddha sejak abad ke-6 lagi. Myanmar terkenal dengan keberkesanan bedak Thanaka yang digunakan oleh rakyatnya sendiri, dipercayai sebagai salah satu cara tradisional dalam mendapatkan hasil kulit yang mulus. Keunikan Myanmar yang mempunyai identiti dan budaya tersendiri semestinya akan mengejutkan dan mengujakan pelancong!

Bulan November hingga Februari merupakan masa yang paling sesuai untuk melawat Myanmar. Anda digalakkan untuk menempah pakej percutian ke Myanmar pada waktu ini kerana cuacanya yang agak sejuk pada ketika ini sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti pelancongan seperti yang dirancang. Pendek kata, cuaca pada bulan November hingga Februari tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Justeru, cuaca sebegini membantu anda dan memberi anda peluang menerokai Myanmar tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun, kami juga menyarankan anda untuk sentiasa minum air yang mencukupi sepanjang berada di sana untuk mengelakkan kulit anda kering. Suhu akan terus meningkat secara beransur-ansur bermula bulan Mac sehingga musim hujan yang dijangka akan bermula pada bulan Mei atau Jun saban tahun.

Mata wang rasmi bagi Myanmar ialah Kyat (disebut ch-yat). Kyat (K atau Ks) digunakan dalam transaksi rasmi di Myanmar. Selain itu, terdapat banyak ATM di bandar-bandar besar di Myanmar, namun begitu, anda digalakkan untuk sentiasa membawa wang tunai semasa melawat kawasan-kawasan terpencil di Myanmar. Ini kerana, perkhidmatan ATM sering tergendala di sesetengah kawasan ini disebabkan oleh kekurangan bekalan kuasa. Anda juga perlu pastikan yang anda telah memaklumkan kepada pembekal bank anda untuk mengaktifkan pengeluaran antarabangsa terlebih dahulu untuk mengelakkan kad anda daripada disekat semasa mengeluarkan wang di Myanmar. Yuran urus niaga di ATM juga turut dikenakan iaitu sebanyak USD3-5 untuk mana-mana transaksi pengeluaran menggunakan kad antarabangsa.

Lawatan ke Yangon, misalnya akan membuktikan kepada anda bahawa Myanmar merupakan salah satu permata budaya yang terkenal di Asia Tenggara. Terokai Muzium Shwe Pyi Nann Thanakha yang dibuka oleh Syarikat Thanakha terbesar di Myanmar. Muzium ini terdiri daripada Taman Thanaka, Galeri Thanaka, Galeri Kayu Batu dan kedai cenderamata. Thanakha adalah jenama produk kosmetik tradisional Myanmar yang telah digunakan sejak Zaman Pyu lagi. Dalam perjalanan, anda berpeluang berkunjung ke bengkel gula-gula Myanmar di sebuah perkampungan di sini dan anda berpeluang beramah-mesra dengan penduduk di sini. Selain itu, anda dapat menyaksikan kemahiran tradisional mereka dalam memanjat pokok kelapa dan berpeluang merasai sendiri gula-gula buatan mereka. Jangan lepaskan peluang berkunjung ke Muzium Nasional Myanmar yang menyimpan khazanah dan warisan lama seperti batu bersurat, dokumen lama, ukiran, lukisan dan artifak-artifak lain yang menjadi bukti warisan kebudayaan dan ketamadunan Myanmar. Melawat makam Maharaja Mughal (Makam Raja Bahadur Shah Zafar) yang memerintah India pada abad ke-19 yang akhirnya dibuang negeri ke Myanmar oleh penjajah British satu ketika dahulu. Berkunjung ke Masjid Bengali Sunni Jameh yang merupakan salah satu masjid yang dibina di Yangon semasa zaman kolonial dan menikmati pelayaran menelusuri Sungai Yangon dan berpeluang menyaksikan matahari terbenam sambil menikmati keindahan Old Yangon. Semua ini dan banyak lagi menanti pengunjung di Vietnam.

Di Myanmar proses mencari dan mendapatkan makanan halal boleh dikatakan sedikit mencabar terutamanya buat pelancong Islam. Namun begitu, anda tidak perlu bimbang. Makanan halal dan mesra Muslim boleh didapati di mana-mana kawasan terutamanya berhampiran dengan masjid. Kebiasaannya, restoran berskala kecil dan besar serta gerai-gerai di kawasan sekitar masjid menyajikan dan menjual makanan tempatan yang halal dan mesra Muslim. Restoran halal dan mesra Muslim di Myanmar biasanya tidak memaparkan simbol standard halal. Sebaliknya, nombor '786' ditunjukkan pada papan tanda yang melambangkan 'In Allah's Name' atau 'Dengan Nama Allah'. Anda boleh mencari restoran yang memaparkan simbol ini semasa anda mencari restoran halal untuk menjamu selera. Percutian ke Myanmar menawarkan pengalaman perjalanan yang unik, pengalaman sekali dalam seumur hidup serta peluang untuk menerokai sisi lain Myanmar yang indah. Percutian ke Yangon, Bagan dan Mandalay secara amnya, menyajikan sebuah pergalaman percutian yang tidak boleh dilupakan seumur hidup anda. Jejaki sejarah tamadun lama sambil menyingkap keindahan dan keunikan Myanmar yang sukar untuk didapatkan di mana-mana lokasi percutian lain serta banyak lagi aktiviti menarik menanti anda.

Tempah pakej melancong anda ke Myanmar dengan Tripfez. Bercuti bersama keluarga, kawan-kawan dan nikmati makanan halal yang sedap. Dapatkan pakej percutian termasuk dengan penerbangan atau pakej 'ground' anda secara online sekarang!
Kami Sedia Membantu
Ainul - Tripfez Travel
Ainul
Travel Consultant
Ilham - Tripfez Travel
Ilham
Travel Consultant
Faris - Tripfez Travel
Faris
Travel Consultant

Assalamua'laikum. Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej. Kami berusaha menjawab semua pertanyaan dalam masa 1-2 hari bekerja.

WhatsApp +60 16 3093 685Telefon +603 8605 1918
Sila betulkan kesilapan berikut:
  • ${ error }

Pakej Terlaris

Myanmar Pakej Percutian TempohHarga
Selangkah Mendekati Yangon 4H3M Hubungi Kami
Terbaik dari Yangon dan Bago 5H4M Hubungi Kami
Yangon X Bagan X Mandalay 6H5M Hubungi Kami