PAKEJ SYDNEY & MELBOURNE 6H5M – MATTA FAIR
Gambaran Keseluruhan
Pakej Sydney & Melbourne 6H5M Eksklusif Tripfez
Terokai bandar ikonik Australia dengan Pakej Sydney & Melbourne 6H5M. Rasai pengalaman menggabungkan keindahan alam semula jadi dan warisan bandar moden dengan tarikan yang mempesona di dua destinasi utama negara Kangaroo ini.
🌟 Kenapa Pilih Pakej Sydney & Melbourne 6H5M Tripfez?
Tripfez merangka perjalanan penuh gaya yang sesuai untuk keluarga, pasangan mahupun kumpulan. Dengan pakej ini, anda bukan sahaja dapat melawat tempat popular, tetapi juga menikmati pengalaman yang tidak dilupakan di Australia.
1. Blue Mountain
Nikmati panorama semula jadi yang menakjubkan dengan formasi batu ikonik Three Sisters dan pemandangan indah dari Echo Point.
2. Federation Square & Art Centre
Rasai suasana seni dan budaya Melbourne di lokasi ikonik ini.
3. Sydney Harbour Bridge
Saksikan jambatan paling terkenal di Sydney yang menjadi simbol kebanggaan Australia.
4. The Rocks & Kings Cross
Temui gabungan sejarah kolonial dan kehidupan malam yang meriah di Sydney.
🎉 Tempah Pakej Sydney & Melbourne 6H5M di MATTA Fair 2025
Jangan lepaskan peluang mendapatkan tawaran terbaik hanya di MATTA Fair 2025. Sertai Tripfez untuk pengalaman melancong yang selesa, mesra Muslim dan penuh kenangan!
Harga Pakej
DEWASA
(HARGA UNTUK PER PAX)
Bilik Berdua
Harga bermula dari
MYR
9,390
Tempat Menarik

Blue Mountain
Nikmati panorama indah Blue Mountain dengan formasi batu ikonik Three Sisters dan pemandangan hutan eukaliptus yang menghijau – destinasi sempurna untuk pencinta alam.

Federation Square Art Centre
Rasai suasana budaya Melbourne di Federation Square yang moden, lengkap dengan muzium, galeri seni dan seni bina unik, diiringi kunjungan ke Art Centre yang memukau.

Sydney Harbour Bridges
Jambatan megah yang menjadi ikon Sydney ini menawarkan pemandangan menakjubkan pelabuhan dan Opera House – lokasi wajib untuk bergambar.

The Rocks & Kings Cross
Terokai sejarah kolonial di The Rocks dengan jalan berbatu dan bangunan bersejarah, kemudian nikmati kehidupan malam penuh warna di Kings Cross.
Itinerari
HARI 1 / DAY 1
SYDNEY – CITY TOUR
- Tiba di Lapangan Terbang Sydney (SYD).
- Bertemu wakil tempatan dan teruskan lawatan bandar Sydney.
- Melawat Harbour Bridge, Darling Harbour, The Rocks & Kings Cross.
- Melawat Chinatown, pemandangan Opera House & Mrs Macquarie’s Chair.
- Makan tengah hari burger & kentang goreng bersama minuman ringan (halal – termasuk).
- Melawat Paddy’s Market (*tutup Isnin & Selasa) DAN/ATAU Queen Victoria Building (QVB) –tertakluk kepada masa.
- Daftar masuk hotel (selepas jam 3.00 petang).
- Masa bebas selepas daftar masuk.
- Bermalam di Sydney.
HARI 2 / DAY 2
BLUE MOUNTAINS TOUR
- Sarapan pagi di hotel.
- Bertolak untuk lawatan sehari penuh ke Blue Mountains.
- Melawat Katoomba & Echo Point Lookout – pemandangan Three Sisters & Jamison Valley.
- Nikmati pengalaman Ultimate Discovery Pass di Scenic World (Railway, Skyway & Cableway – penggunaan tanpa had).
- Singgah membeli-belah di DFO Homebush Outlet.
- Makan tengah hari sendiri (perbelanjaan sendiri).
- Kembali ke hotel.
- Bermalam di Sydney.
HARI 3 / DAY 3
SYDNEY – MELBOURNE – CITY TOUR
- Sarapan pagi di hotel.
- Pemindahan ke Lapangan Terbang Sydney untuk penerbangan domestik ke Melbourne (tiket penerbangan domestik diuruskan sendiri).
- Tiba di Lapangan Terbang Tullamarine, sambutan oleh wakil tempatan.
- Lawatan bandar Melbourne: Fitzroy Garden, St. Patrick’s Cathedral, Royal Exhibition Building, Federation Square, Arts Centre, Shrine of Remembrance, Town Hall & Parliament House.
- Lawatan ke Queen Victoria Market (tutup Isnin & Rabu) atau South Melbourne Market.
- Daftar masuk hotel dan masa bebas untuk berehat.
- Bermalam di Melbourne. (3 malam di Melbourne, daftar masuk selepas jam 3.00 petang)
HARI 4 / DAY 4
GREAT OCEAN ROAD TOUR
- Sarapan pagi di hotel.
- Pengembaraan melalui pekan pesisir: Torquay, Lorne, Apollo Bay & Port Campbell National Park.
- Menikmati pemandangan panoramik Twelve Apostles dan Loch Ard Gorge.
- Berhenti bergambar di GOR Eastern Memorial Gate & berjalan sendiri di Kennett River Koala Walk.
- Persinggahan di Apollo Bay (makan tengah hari atas perbelanjaan sendiri).
- Bermalam di Melbourne.
HARI 5 / DAY 5
HARI BEBAS DI MELBOURNE
- Sarapan pagi di hotel.
- Aktiviti bebas sepanjang hari.
Cadangan: Terokai Melbourne dengan City Tram Percuma atau lawatan sendiri ke galeri, kafe & kedai cenderamata. - Makan tengah hari & malam atas perbelanjaan sendiri.
- Bermalam di Melbourne.
HARI 6 / DAY 6
MELBOURNE – KUALA LUMPUR
- Sarapan pagi di hotel.
- Penghantaran ke Lapangan Terbang Melbourne (Tullamarine) untuk penerbangan pulang.
Nota:
** Ini adalah atucara normal mengikut standard aturcara di Malaysia.
** Aturcara perjalanan tertakluk kepada perubahan semasa.
** Aturcara yang tepat akan diberi seminggu sebelum penerbangan.
Pakej Termasuk
Penginapan
- Penginapan di Hotel
Melawat ke Tempat Lawatan
- Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan seperti aturcara
Pengangkutan
- Pemandu pelancong profesional
- Tips kepada pemandu pelancong & pemandu bas
Makanan
- Sarapan pagi di hotel
- Makanan Halal / sesuai Muslim seperti aturcara
Pakej Tidak Termasuk
Caj Tambahan
- Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi
- Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu puncak,
perayaan, dan cuti umum - Caj tambahan lebihan had bagasi
Servis Tambahan
- Cuci Pakaian
- Snek
- Minibar
- Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan
Makanan & Minuman
- Makanan dan minuman serta tiket bayaran masuk tambahan selain
dari yang dinyatakan dalam aturcara
Insurans
- Insurans perjalanan
Lain-lain
- Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan
PAKEJ SYDNEY & MELBOURNE 6H5M – MATTA FAIR
*Harga berdasarkan dari seorang Dewasa
6 HARI 5 MALAM
Soalan Lazim
Anda hanya perlu menyediakan perbelanjaan untuk membeli-belah & aktiviti “Free & Easy”.
Tak perlu risau! Hotel kami akan terletak berhampiran pengangkutan awam seperti subway dan bas. Anda hanya perlu membeli Kad T-Money di kedai serbaneka dan meneroka Seoul dengan bebas!
Sudah tentu, kami akan berhenti untuk solat. Kebanyakan restoran mempunyai ruang untuk menunaikan solat (Semasa Makan Tengah Hari).
Kami akan memproses permohonan bagi pihak pelanggan. Oleh itu, sila ambil perhatian bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh K-Eta adalah muktamad dan di luar kawalan Tripfez Travel & Tours.
Ya, perjalanan kami akan menggunakan bas persendirian yang sangat selesa dan kondusif, meminimumkan keperluan untuk berjalan kaki berbanding menggunakan pengangkutan awam.