Skip to main content

Cara Mengenal Pasti Agensi Pelancongan & Umrah Tidak Berlesen

1. Pastikan Berurusan dengan Agensi Pelancongan/Pengurusan Umrah Berlesen

Pastikan pihak yang menawarkan/ pakej pelancongan ke luar negara/ pakej umrah dan ziarah adalah daripada agensi pelancongan yang berlesen dengan MOTAC

Contoh Nombor Lesen

  • KKKPPL0231/
  • KPL/LN 4256
  • KPL/LN 7017

Nombor lesen Tripfez adalah KPK/LN: 7142

PENTING!

Agensi pelancongan berlesen mempunyai nombor lesen, sticker, sijil lesen yang sah dikeluarkan oleh kementerian.

Apa Yang Anda Pelu Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan

  • Tiket penerbangan pergi balik
  • Visa
  • Jenis/tempat penginapan
  • Makan dan minum (jika ada)
  • Jadual perjalanan
  • Insuran/ takaful perjalanan
  • Dokumen perjalanan dan berkaitan

2. Pastikan Status Syarikat Berurusan Tepat dan Aktif

Semak status syarikat dengan melayari lawan web MOTAC atau menelefon pejabat MOTAC di seluruh negara.

Aplikasi MyMOTAC

Aplikasi MyMOTAC ini membantu anda untuk menyemak senarai agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian dan juga senarai penarafan hotel. Boleh di dapati di Google Play dan Apple App Store.

3. Maklumat Pakej

Dapatkan maklumat terperinci dalam pakej pelancongan/ pakej umrah. Baca dan semak semua maklumat pakej yang ditawarkan.

Insurans Takaful Dan Perjalanan

Pelancongan luar negara di sarankan untuk beli insurans/ Takaful perjalanan. Jemaah Umrah wajib dilindungi Takaful Umrah oleh syarikat pengendali Umrah. Semak pelindungan takaful yang disediakan, tambah pelindungan (coverage) jika tidak mencukupi.

4. Terma dan Syarat

Baca dan fahami terma dan syarat pakej pelancongan/ pakej Umrah.

Penting Untuk Difahami

  • Menjelaskan tanggungjawab agensi pelancongan.
  • Hak-hak pelancong dan jemaah
  • Syarat-syarat pembatalan dan pampasan sekiranya wujud pembatalan di pihak syarikat atau pelancong/jemaah

Sebelum menandatangani sebarang dokumen tempahan, pastikan anda meneliti dan memastikan dokumen tersebut mengandungi perkara-perkara berkaitan pakej pelancongan/umrah, caj pembatalan yang boleh dikenakan bagi mana-mana tempahan yang di batal.

Terma dan syarat Tripfez

5. Muktamadkan Urusan di Pejabat Syarikat

Berurusan di pejabat syarikat agensi pelancongan memberi keyakinan kepada pelancong dan kredebiliti kepada syarikat. 

Banyak penipuan berlaku akibat pelancong/ jemaah berurusan dengan pihak dengan pihak ketiga dan bukan terus dengan pihak syarikat.

Dapatkan pengesahan bahawa orang yang sedang yang menguruskan pakej pelancongan/ pakej Umrah anda sah daripada syarikat terlibat terlebih dahulu.

Lawati Tripfez

Bagi pakej umrah, amalan membuat bayaran pakej kepada individu (imam/bilal/ustaz/pemimpin masyarakat) yang bukan agensi pelancongan berlesen adalah salah. Terdapat banyak kes wang yang dilarikan/ kematian melibatkan individu tersebut yang mana wang tersebut hangus/ tidak dapat dikembalikan.

6. Kaedah Bayaran dan Resit

  • Kaedah pembayaran boleh dibuat secara tunai atau secara elektronik.
  • Pihak syarikat wajib mengeluarkan resit bayaran rasmi dengan perincian setiap pakej dan maklumat setiap pelancong/ jemaah.
  • Bayaran secara elektronik mestilah terus ke akaun syarikat dan bukan kepaada akaun individu/ syarikat lain.
  • Simpan bukti transaksi dan resit rasmi daripada syarikat untuk rujukan dan tuntutan di masa hadapan. 

7. Prihatin dengan Maklumat Terkini Perjalanan 

Selalu berhubung dengan pihak syarikat secara berkala untuk mengetahui status persediaan perjalanan termasuklah hal-hal berkaitan tiket penerbangan, penginapan, insurans/ takaful perjalanan dan visa (sekiranya berkaitan)

Sumber: MOTAC